17 Februari 2011

Kamu Bila Lagi?

Assalamualaikum..

Situasi 1
Baru-baru ni terserempak dengan kawan lama, zaman sekolah teknik airport (Sekolah Menengah Teknik Terengganu) dulu.. "Zira, mu dengan siapa sekarang?" tanya dia. Saya tersenyum-senyum, "Dengan siapa apa? tunggulah kad jemputan nanti, tak surprise la bagitahu sekarang.." huhu...

Situasi 2
Cuti sempena tahun baru cina baru-baru ini saya sibuk dengan kenduri-kendara sepupu-sepupu saya. seorang bernikah, sorang lagi bertunang. saya ditugaskan membuat hantaran dan menjadi kak andam.. Alhamdulillah, kedua-dua majlis berjalan lancar walaupun masa itu saya kurang sihat sebab demam + lagi masalah di tempat kerja yang menyesakkan minda. huhu... Tanya seorang makcik "Kamu bila lagi?".. Saya apa??.. ah! dah agak dah soalan ni akan ditanya tapi saya jawab dengan sebaiknya "InsyaAllah, sampai masanya saya jemputlah."

Situasi 3
Sedang saya berborak-borak dengan mummy dalam perjalanan ke supermaket Giant, tetiba mummy tanya "sepupu semua nak nikah dah. Ya bila lagi? awak tu dah 25 tahun ni.." Adoyai... pedih tu! Jawab saya "nantilah, tak jumpa lagi.."

* * * * *

Okey, cukup tiga situasi atas yang menggambarkan tempoh 'getir' bagi saya. huhu.. mereka yang sekeliling senang je bertanya kan, ini tuan punya badan ni yang terseksa nak menjawab. silap jawab boleh cetus kontroversi. huhu.. parah-parah..

Namun, Alhamdulillah. Hingga saat ini saya tak bimbang sikit pun. saya selesa keadaan sekarang. sebab saya percaya, kita semua dijadikan berpasangan. sampai masa, saya bertemulah pasangan saya tu. bukankah Jodoh itu Rahsia Allah?..

Saya pernah bercinta - dari zaman sekolah hingga bekerja. setiap satu mempunyai memori tersendiri. setiap kesilapan saya cuba perbetulkan. setiap kekurangan saya cuba tampung dengan kelebihan yang ada, namun semua ini kuasa Allah, hubungan itu tak berakhir dengan impian yang indah. saya redha. malah, apa yang saya lalui selama ini buat saya lebih kuat.

Setiap kisah cinta yang saya lalui mempunyai kisah tersendiri. dan sedikit pun saya tak kesal dengan apa yang terjadi. semua ini membuat saya lebih memahami hati lelaki. saya percaya apa pun yang telah terjadi, pasti ada yang tersirat.

Dan kini... saya lebih selesa berkawan. berkawan dengan sesiapa yang sudi. tak lebih tak kurang. bukan serik tapi saya cukup takut bila menyakiti hati orang yang menyayangi saya. cukuplah apa yang pernah saya lalui sebelum ini. saya tak nak ada yang kecewa lagi..

Hari ini, saya jalani kehidupan penuh warna-warni. kawan-kawan saya datang dari pelbagai kategori yang berbeza membuat hidup saya menarik dan kadang-kala mencabar! tapi seronok! :)

InsyaAllah! sampai masa, kahwinlah saya. BUKANKAH JODOH ITU RAHSIA ALLAH? :)


xoxo,
Hazira Hanum

4 ulasan: