04 November 2014

Hiking Trip : Gunung Kerinci, Indonesia - Part 1

Assalamualaikum..

Tarikh : 23 - 27 Oktober 2014
Tempat : Padang, Sumatera Barat, Indonesia

Entry kali ni zira nak review trip baru-baru ni. Destinasi utama adalah Gunung Kerinci di Sumatera Barat, Indonesia. Why there? Bcoz konon-kononnya nak hiking la kan plus jalan-jalan. Trip kali ni anjuran Terengganu Backpackers. So, lets Start :)

Hari Pertama : Kami seramai lapan orang berkumpul di KLIA2. First time jugak jejak kaki ke KLIA2. Not bad. Boleh shopping kat sini. hehe.. Flight kami ke Padang, Indonesia 1.25 pm. Kami sampai di International Minangkabau Airport lebih kurang pukul 2.00 pm waktu sana. Sana lewat 1 jam dari Malaysia. Our Tourist Guide - Abu dah setia menanti. Dari sana kami menaiki van (macam bus la tapi van besar) ke Basko Hotel dalam 30 minit. Hotel ni menarik terletak sebelah Basko Grand Mall. Selepas check-in, kami bergerak ke butik outdoor yang ada sekitar bandar dengan menaiki Angkut. Malam itu kami makan nasi padang di Rumah Makan Lamun Ombak. best! 


1. Muka ceria sebelum terbang! :D
2. Check-in luggage


Rumah Makan Lamun Ombak
Antara lauk nasi padang dan suasana restoran.

1. Keadaan dalam Angkut, macam sardin dalam tin. hehe..
2,3,4 : Shopping di butik outdoor dan Basko Grand Mall

Hari Kedua : Lepas breakfast dan check-out, kami terus bergerak ke Kersik Tuo yang terletak di Jambi. Perjalanan mengambil masa antara 6-8 jam dari Padang ke sana menaiki van. Keadaan jalan macam nak ke Cameron Highlands sebab Kersik Tuo ini adalah tanah tinggi. Sampai di sana, kami menginap di Homestay Paiman. Malam itu kami makan di Gerai sekitar dan membuat persiapan untuk pendakian esok.

1. Van yang disewa untuk ke Kersik Tuo
2. Makan nasi padang di R&R

Homestay Paiman

Hari Ketiga : Awal pagi selepas bersiap dan makan pagi, kami terus bergerak ke Pintu Rimba untuk memulakan pendakian di Gunung Kerinci. Di sini terdapat tiga hentian untuk berkhemah dan kami berhenti di Shelter 3 iaitu hentian terakhir dan paling dekat dengan puncak gunung. Kami bermalam di sini dan mulakan pendakian ke puncak pada jam 3 pagi. Alhamdulillah, seramai 7 orang dari kami termasuk Guide berjaya menawan puncak Gunung Kerinci. Selepas menikmati pemandangan dari puncak gunung kami memulakan perjalanan menuruni gunung. Kami sampai di homestay pada lewat petang. 

1, 2. Pemandangan di Shelter 3
3, 4. Trek ke puncak gunung

Kami berjaya! :)

Peta Gunung Kerinci

Okey,, bersambung! :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan