Memaparkan catatan dengan label UiTM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UiTM. Papar semua catatan

01 November 2010

Al Fatihah

Assalamualaikum..
baru dapat sms dari my sis, madiah
bagitahu bekas pensyarah kami di UiTM Dungun,
En. Latep telah meninggal dunia hari ini jam 3 pagi tadi.
***
antara penyarah kegemaran saya
paling saya tak lupa tentang
gurauannya berkenaan
~nama saya 'hanum' yang baginya jarang digunakan
~kg saya, Kg. Tualang, Manir
dan
~dan kerananya, sy memperoleh 'A' dalam subjek 'Executive Note Taking'.
Terima kasih! jasamu tetap ku kenang selamanya.
***
semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang terpilih disisi-Nya.
Al-Fatihah

xoxo
Hazira

15 Januari 2010

bila pernah jadi 'BUDAK HOSTEL', aktivitinya..

TIDUR !!!
BILA ADA PELUANG :p

siapa yang tak setuju sila ANGKAT KAKI. haha..ntah kenapa, i suka tidur kalau tak ada aktiviti di hostel. orang lain i tak tahu tapi i pasti majoriti sesiapa saja yang pernah jadi budak hostel musti suka tidur. kan. kan. kan... okey! cerita hari ini adalah kisah hostel2 di UiTM Dungun yang pernah i tinggal. i pernah tinggal di 3 hostel berbeza di UiTM dulu okey.


i akan cerita berdasarkan pencapaian fasiliti di setiap hostel. :P let's start!

Bilik Terbaik : Kolej Redang


Sebabnya i dapat bilik untuk 2 orang 1 bilik. so, lebih privasi dari bilik lain. bilik i paling bawah, tak la i penat panjat tangga setiap hari. bilik air pun dekat je. :) cuma yang jauh bilik dobi dan bilik tv. so, selama 2 tahun i menetap di situ, i cuma pergi nonton tv bila ada juara lagu dan konsert akhir akademi fantasia saja :( I pun lebih rajin cuci baju dengan tangan, sebabnya bilik dobi di blok lain, malas nak menapak sambil bawa bakul baju yang besar tu. hehe..

Kolej Redang

i pernah tinggal di Kolej Tenggol selama 1 sem. best jugak kat situ cuma kurang privasi sebab 4 orang 1 bilik. yang best pula kat sini, bersebelahan dengan hostel lelaki (Tenggol B). so, cuci mata la i selalu. hehe.. tapi nasib baliklah bilik i mengadap padang, kalau mengadap Tenggol B, alamatnya tak buka langsirlah bilik i tu (macm bilik kawan i).

masa degree pula i tinggal di Kolej Perhentian selama 1 sem. pun dapat bilik paling bawah dan dekat dengan bilik air. kat sini 3 orang 1 bilik. roomate paling best, faezah (HiBARI 4) dan kak fara. kat sini i paling suka suasana kat kerusi lepak belakang bilik i, nyaman je. best lepak-lepak kat situ bawah pokok best. dekat dengan pantai.

Kolej Perhentian

Kantin Terbaik : Kolej Tenggol

masakan kat situ best. macam makan kat kedai. kalau lambat sampai je, lauk mesti dah habis. paling suka lauk ikan keli goreng pedas. memang best la. selain tu, kantin ni berkongsi dengan pelajar lelaki, so memang happening la. boleh je jumpa secret admire setiap hari. haha.. kat sini, kalau tengok couple makan sekali, perkara biasalah tu. kalau kat kantin hostel lain, jangan harap la.

masa tinggal di Kolej Perhentian, jarang sangat makan di kantin, selalu tapau di cafe kapas. kalau dah tak ada lauk sangat baru tapau di kantin Perhentian. masakan kat situ oklah kalau nak dibandingkan dengan kantin Redang.

kantin Redang? eee! masakan sebijik macam kat hostel sekolah dulu. lauk ikan jaket, sotong masak merah.. (sesiapa yang pernah tinggal di hostel sekolah mesti maklum dengan masakan ini kan?) memang i telan je tanpa komen apa-apa. tahun pertama macam tu la masakannya. masuk tahun kedua, dah tukar tender, oklah sikit. masakan pun ada rasa.

Hostel paling jauh : Kolej Redang

mengambil masa 15 minit perjalanan jalan kaki dari kelas ke sana. fuh! mula-mula memang lenguhlah kaki, tapi bila dah lama, biasa je. naik kereta pun terasa jauh. inikan pula berjalan kaki. tapi itulah hakikatnya, i berjalan kaki 15minit setiap kali ke kelas @ outing. sebab itulah i tak gemuk ye kawan-kawan. :)

Kolej Tenggol pun lebih kurang jauh dengan Kolej Redang.

Kolej Perhentian adalah hostel yang paling dekat dengan kelas yang i tinggal. kalau nak yang paling dekat sekali ialah Kolej Karah. masa kat Perhentian pun i jalan kaki je ke kelas, adalah dalam 10 minit kalau jalan langgang kangkung. hotstel paling jauh adalah Kolej Gemia.

Kolej Gemia (Lelaki)

ok! itu cerita hostel di UiTM Dungun. itu masa i tinggal kat sana, sekarng tak tahu la. mungkin dah berubah. kat sana, semua nama hostel sempena nama-nama pulau di Terengganu. ada Redang, Gemia, Tenggol, Perhentian, Kapas, Karah dan Duyong. cuma sekarang i tak pasti Kolej Karah dan Duyong masih ada @ tidak. Sebab ada ura-ura nak robohkan untuk buat bangunan baru. Karah dan Duyong adalah hostel paling lama di situ, macam rumah panjang. sungguh klasik.

Tasik UiTM Dungun

Pintu Masuk Utama

erm..rindu sangat nak pergi uitm dungun. itulah, dulu masa study kat sana, sibuk nak balik kampung setiap minggu. sekarang dah habis, baru rindunak pergi sana. :)

and i miss my friends too.. :(

xoxo


24 Mei 2009

REPORT sudah dihantar!

(image di atas tiada kaitan: upload dari internet)
warna-warna kehidupan.. peace!

hari ini tepat jam 11:00 pagi saya bersama eja dan kak ana bertolak ke dungun. tujuannya- hanya satu: menghantar research report yang telah siap dijilid kepada supervisor kami. fuhh! dugaannya dengan kerata comel saya yang tak der air-corn, memang menguji tahap kesabaran saya. huhu... sampai je di uitm, kami terus ke library untuk ambil report yang saya hantar jilid minggu lepas. nasib baik la dah siap. terima kasih en.zakaria sebab membantu. :-)
dah ambil report, kami pun sama-sama la memanjat bangunan intelek dan saujana untuk hantar report ni ke bilik supervisor . sesampai je depan bilik supervisor, dia pula tak ada. sedih, seram.. semua ada, tapi nasib la dia benarkan kami tinggalkan report dalam box depan pintu dia je..
akhirnya, research saya siap sepenuhnya! yea.. :-) lepas ni tak nak fikir-fikir pasal ni lagi. tapi result tak kuar lagi. huhu.. arghh!! tak nak fikir lagi.. saya mahu enjoy dulu. minggu depan, bercuti!!! yea. :-p

xoxo

p/s: thank to en. jefry (supervisor) yang banyak bantu kumpulan saya siapkan research ini dan prof. ismail yang memberi tunjuk ajar untuk buat research ini. terima kasih semua!! (harap-harap dapatt A+ untuk research ni.. doakan ya..)

16 April 2009

GOOD LUCK FOR FINAL EXAM!

Entry kali ini ditujukan kepada semua pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. tak kisah la periksa pertengahan tahun ke, ujian TOV ke, ujian biasa ke, asalkan masuk dewan/kelas, duduk jarak-jarak dari kawan-kawan, ada pengawas peperiksaan yang tak berapa garang, dah kira macam periksa la tu. :-)

aku tak terkecuali akan menghadapi peperiksaan penting bermula pada 21 april nanti. peperiksaan akhir yang menantukan aku bakal bergelar graduan atau tidak pada november nanti.. cuak juga nak periksa akhir ni, walaupun hanya tiga kertas tapi semua tu subjek yang tak boleh dipandang sebelah mata.

khas untuk pelajar uitm: semoga berjaya pada peperiksaan akhir nanti! naikkan martabat uitm.
dan kepada pelajar lain juga, semoga berjaya.

deqna: habis presentation nanti, kita enjoy!!!

p/s: mcm poyo je guna bahasa baku tapi kalau tak anak bangsa yang guna, siapa lagi? ;-)

xoxo

12 April 2009

DINNER AGAIN:MAPRA!



Event: Majlis Makan Malam Pra-Graduan UiTM 2009 Date: 8 April 2009Saiz fonVenue: Aspirasi Hall Time: 8:00 p.m. to 11:00 p.m. Theme: Women in red, Men in black

with dato' visi UiTM!!
my classmate: iti, su and zetty

all for one, one for all: we are HiBARI 4!!
aku dengan rosalinda da poyos!!
It's dinner again. kali ni Makan Malam Pra-Graduan 2009 UiTM, Terengganu. lebih best, lebih happening dari BIOSM DINNER! cayalah... firstly, dinner kali ni ada tetamu istimewa, Naib Cancelor UiTM, Dato' Ibrahim Abu Shah! he is so soo sporting, siap menyanyi untuk kitorang. this is first time he coming here together with us in dinner. so, its lucky for us! thank Dato'.. secondly, persembahan kali ni lebih gempaq, especially tarian asmaradana from my batchmate! so soo menakjubkan.. okey la, aku tak nak celoteh panjang-panjang, aku just nak upload pictures dinner haritu.. plz comment yaa!! :-)

ini as. sometimes we call her asmida, misha, julu etc..













myclassmate. i'll miss u.. huhu..

06 April 2009

ISNIN TERAKHIR!

mesti korang tertanya-tanya kenapa aku kata hari ni isnin terakhir. sebabnya harini la hari isnin terakhir aku di UiTM. hari isnin terakhir! windu weh.. banyak perkara manis berlaku pada hari isnin di UiTM. yang paling aku suka tentang hari isnin ni sebabnya student-student lelaki di UiTM mesti hensem-hensem gile.. yang tak hensem pun akan hensem jugak..
student UiTM mesti dah sedia maklum kenapa aku kata camtu, mungkin korang pun setuju kan kan kan.. kepada yang tak tahu pula.. hari isnin merupakan hari korporat UiTM, so nak tak nak semua student lelaki mesti pakai tie tapi terkeculi bagi yang pakai baju melayu lengkap ataupun baju batik. (tapi jarang sangat yang pakai baju melayu dan batikk ke kelas.. macam wakil rakyat jer..) ala.. bukan aku sorang yang suka hari isnin ni, kawan2 aku pun sama.. pantang hari isnin, mesti nak lepak lama2 kat kampus walau pun kelas dah habis. nak cuci mata.haha...
aku pasti akan rindu hari isnin UiTM nanti selepas 5 tahun aku disini.. huhu...

++++++++++++++++++++++++

aku ada dua test hari ni. satu test system analysis design dan yang kedua business process reenginnering. dua-dua tak dapat jawab sepenuhnya.. huhu... tension!!

++++++++++++++++++++++++

classmate aku, aisyah and kak ina accident motor terlanggar tut..tut... (pelik jugak, kat kawasan kg. pun ada haiwan tu ye..)
kak ina cedera ringan tapi aisyah yang teruk, kaki yang parah. sekarang kat hospital KT. harap2 aisyah cepat sembuh.. chaiyok! chaiyok!!

xoxo

04 April 2009

9 HARI LAGI!

sembilan hari lagi study week akan menjengah.yea.. nak final dah. alamak!! cepatnya. aku ni dah bersedia ker belum nak final exam ni? huhu... sekejap saja, dah nak exam. rasanya baru semalam kot aku masuk UiTM. takutnya.. tak prepared pape pun lagi, huhu.. study week untuk mengulangkaji tapi hakikatnya, masa tu la aku bercuti sakan di rumah.. (teman-teman yang lain pun sama.. "_")
dah final year!! yea.. yea.. harap2 sangat aku dapat clear semua paper sem ni. tak sanggup da nak mengadap buku lagi.. tapi kalo magazine tak per. hehe...

26 Mac 2009

SO, ITS CALLED A DINNER!

DATE : 21 MARCH 2009
TIME : 8:30 p.m VENUE : GEMIA HALL, HOTEL UiTM DUNGUN THEME : COLOURS OF HEART

BIOSM dinner yang ku kira boleh la.. Mulanya aku dan rakan sekelas sepakat tak nak pergi atas alasan2 tertentu tapi bila difikirkan balik, ini dinner terakhir kami, sebelum meninggalkan uitm tercinta ni so kami pergi la dengan bayaran RM20 (cukup untuk makan aku 1minggu. huhu..). Di bawah ni aku sertakan gambar2 yang iambil semasa dinner tersebut. :)
OMB6OB.
you all colors of my heart!

Rosalinda.
Melaram baju glaomur. ;)


Suzailah.
memang lain dia malam tu. glamour!

Zetty.
the vouge girl in my class. cayalah!


HiBARI 4.
my friends forever..

xoxo

18 Mac 2009

SEMINGGU YANG MEMBINGUNGKAN!

Fuh!!.. penat. penat. hari ni baru boleh rehat sket. itupun, esok terpaksa balik kampus semula. huhu.. seminggu lepas, aku langsung tak cukup rehat. project system analysis mesti siap sebelum isnin. sampaikan hari minggu pun terpaksa mengadap laptop. siap project system analysis, assaignment pula menyusul. tapi nasib baik la, lecturer baik hati benarkan buat assaignment tu secara berkumpulan. semalam bertungkus lumus siapkan assaignment tu, hantar hari ni.
balik harini pun bukan suka-suka tapi sebab nak ambil questioners di public library. kalau tak, tak balik la. jumaat ni ada mock interview pula. nasib la da hantar resume. sabtu ni ada SPSS class pulak, haih!! data tak settle lagi. huhu.. aku tak cukup masa! tolong!!

24 Februari 2009

QUIZ OH! QUIZ..

haiiiih.. aku baru habis quiz office business tadi. apakah itu office business? oh! satu subjek yang berkaitan business process in the organization. about re-engineeering, procudures.. anything related. haha.. dengan confident aku menjawab tadi, menefaatkan masa 1jam yang diperuntukan. harap-harap dapat la full mark. huhu.. sebelum tu harini jugak aku dapat balik kertas quiz operation management. fuh!!! full mark! betulkah itu atau aku yang salah lihat? gumbira rasanya. mungkin orang lain rasa perkara ni biasa je tapi bagi aku, ada dua sebab. first, markah tu dapat bantu naikkan carry mark aku then second, aku rasa gumbira macam zaman kanak-kanak tahun 1 yang selalu dapat markah penuh dalam ujian. dah lama tak dapat full mark macam ni. kelakar pun ada rasanaya. hahaha... lepas ni aku janji akan study lebih lagi untuk naikkan cgpa aku. chaiyok-chaiyok!!

xoxo

06 Februari 2009

MY FARA & RABY!

Tetiba tadi aku teringat pada teman-teman lama, teman-teman Diploma dulu. apa yang sedang diorang buat sekarang ye? terasa rindu pula pada diorang. majoriti teman sekelasku waktu diploma dulu berada di Shah Alam sekarang, sambung degree di sana. cuma aku yang masih setia di Dungun. 2-3 orang sudah bekerja. dan 2 orang telahpun berkahwin dan mempunyai anak!

pantas jari-jemari ku memicit-micit butang-butang nombor di handphoneku.. mesej pertama ku send pada raby. 5minit kemudian baru ada respon. dia sudah bekerja dan menetap di kampung halamannya di Negeri9. insan yang kedua yang aku mesej ialah fara, ex-roomate ku. rindu bangat sama kamoo.. dia pun dah bekerja dan menetap di Seremban. kedua-duanya orang Negeri.

aku pasti fara telah jauh berubah (sorry if i'm wrong) tapi walau siapapun dia, dia tetap temanku. aku kenal dia, aku tahu siapa dia. pada aku dia tidak hipokrit. mungkin keadaan yang memaksa dia menjadi 'lain' semasa bersama kami dulu. fara, i always be your friend. i love you.

raby, pada aku seorang yang lembut, baik hati. tak pernah menyakitkan hati aku. (ermm..aku yang selalu menyakitkan hatinya..) aku harap dapat berjumpa dengan kamoo berdua. pasti banyak cerita yang kita dapat kongsi bersama.love u always..
xoxo

p/s: technical problem nak upload picture. nnt aku upload kemudian..