19 Disember 2010

Retro Night!


Hi!
Hujung-hujung tahun ni, banyak syarikat persendirian mahupun sektor kerajaan mengadakan majlis makan malam tahunan. ada yang buat majlis secara sederhana, ada juga yang buat dengan meriah sekali. semua itu bergantung kepada kemampuan dan bajet. malah, tempat zira bekerja pun tak terkecuali untuk mengadakan majlis makan malam tahunan ini.

seperti tahun-tahun sebelum ini, setiap tahun majlis makan malam akan diadakan mengikut tema. Kalau tahun lepas, temanya adalah 'Rock Mania Nigth', tahun ini pula bertema 'Retro Night!'. tarikh majlis sudah hampir namun persediaan masih belum saya buat. kesuntukan masa. huhu.. hari ini baru berpeluang menjengah blog-blog fashion yang memaparkan retro fashion.

perlukah kita berbelanja sakan semata-mata untuk tampil hebat? tepuk dada, tanya selera. bagi yang berkemampuan, tak ada salahnya. tapi yang kurang berkemampuan, janganlah sampai berhutang keliling pinggang semata-mata untuk melaram 1 malam. zira pun akan menggunakan kaedah mix&match dari koleksi pakaian zira. dengan sedikit sentuhan baru, pakaian lama pun nampak baru dan stylo. yang penting kita yakin dengan diri kita. :)

tak sabar nak tunggu malam itu nanti. pasti teman-teman zira melaram dengan pakaian cantik-cantik. zira akan uplaod beberapa gambar pada malam itu nanti. :)

jumpa lagi!

xoxo
hazira hanum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan