20 Disember 2009

si perempuan yang BERMUKA-MUKA!

Al-kisahnya, suatu petang si A (nama dirahsiakan atas permintaan) berceritalah masalah rumah tangganya yang dah nak roboh tangganya itu kepada si B (namanya juga terpaksa dirahsiakan). Si A mengharapkan yang si B ini dapatlah memberikan buah fikiran, al-maklumlah si B ini pernah mengalami situasi yang sama sebelum ini. maka, berdozen-dozenlah buah fikiran yang diberikan oleh si B ini untuk membantu sahabatnya itu. Lalu si A pun mengucapkan terima kasih atas buah fikirannya itu.

Pada waktu yang lain pula, si A ini bersembanglah dengan si C (namanya turut dirahsiakan) iaitu sahabat baiknya. lalu keluarkan satu cerita yang memanaskan hati si A. Cerita yang di ceritakan oleh si C ini amat memalukan dan mampu menjatuhkan air muka si A ini. Pabila diselidiki, maka si C pun memberitahu bahawa cerita ini telah dicanang oleh si B di seluruh pelusuk kampung. Marahlah si A pada si B apabila mendengar cerita ini. si A amat tidak sangka bahawa si B sanggup memburukkan dirinya kepada penduduk kampung yang lain.

Lalu barulah si A teringat bahawa si B pernah memburukkan si D di hadapannya sebelum ini. padahal, si D itu adalah kawan baik si B itu sendiri.

***

Watak si B untuk kisah di atas sebenarnya ada di mana-mana. cuma samada kita perasan atau tidak kewujudannya. Kadang-kala kita macam tak percaya orang yang amat baik tingkah-lakunya sebenarnya seorang yang bermuka-muka. Kita pun kadang-kala tak perasan yang sifat bemuka-muka itu ada dalam diri kita, terutamanya jika kita sedang marah pada seseorang.

Saya pernah dan 'sedang' berjumpa dengan orang sebegini. Tak tahulah apa cerita buruk saya yang dicanang pada orang lain. Tapi saya tahu dia sedang 'bercerita'. Tindakan saya, just ingore je orang macam ni selagi saya boleh bersabar.

Kepada si perempuan yang bemuka-muka itu, ingatlah! setiap kata-katamu yang memburukkan orang lain, tuhan akan membalaskan dengan kata-kata yang lebih pedas!..

***

Today, i just want to share with you guys about what's my feeling of this woman. Too 'menyemaklah' orang macam ni in our life. :(

Current mood:
tired!
need some rest..

miss my Bee so much!
;(

thanks friends, drop by at me blog.
always keep in touch!

xoxo

1 ulasan:

  1. betol tu ya..skrg ni ramai sgt org bermuka2 ni..nampak baik tp sebaliknya..

    BalasPadam