Tarikh : 30 Ogos 2013 - 1 September 2013
Tempat : Singapura & Johor
Assalamualaikum..
Hi semua! Dah lamakan saya tak update blog. Tak ada masa terluang la, lagipun kat rumah tak ada wifi. Ni curi-curi masa terluang kat office. hihi.. Saya nk update ni pun bukan yang latest sangat pun. Dah sebulan lebih dah pun percutian ni.
Untuk entry kali ni saya nak update berkenaan percutian ke Singapura dan Johor. Saya bersama BFF - Madiana, anak saudara - Anas dan our taurist guard - Pak Tam ke sana menaiki bas express dari Kemaman ke Larkin, Johor. Sesampai di sana terus ke JB Sentral. Masuk Singapura dalam pukul 8 pagi. Sampai di Hotel 81 - Classic, Joo Chiat pada jam 9 pagi dan terus gerak ke USS pada jam 10 pagi! Kat sini saya nk share sikit macam mana nak beli tiket USS dengan senang, cepat, mudah dan murah (kalau bernasib baik!) Klik kat sini Universal Studio Singapore, then click at BOOK NOW! jika bernasib baik, akan ada promosi tertentu. Seperti yang saya dapat, bagi pemegang kad Maybank Dedit akan dalam diskaun!! Berbaloi, dah la dapat percuma Kung Fu Panda Souvenir Bottle.
1. Welcome to Far Far Away!
2. I'm at New York Street
3. Lions at New York Library
1.Sesame Street house
2. Jurassic Park
3.Madagascar
4. Sesame Street Spaghetti Space Chase
5. Transformers
1. Betty Boo
2. Charlie Chaplin
3. Marilyn Monroe
4. Pinocchio
5. The Mummy's Movie Character
Malam pula kami berjalan di Bugis Street. Kalau nak cari souvenir murah, di sinilah tempatnya selain China Town. Memang murah barang kat sini sampaikan rambang mata nak beli. Selesai shopping, kami ke Merlion Park. Tempat wajib kalau melancong ke sini. Pemandangan waktu malam pun cantik kat sini. Boleh tengok bangunan- bangunan cantik di Marina Bay Sand. Kami sambut merdeka di sini tahun ini! :)
Keesokkan harinya kami ke Kenduri Kahwin adik kepada Pak Tam iaitu Adeep (ex-Fabulous Cat). First time tengok persembahan Dikir Barat Singapore, menarik! Terima kasih kepada keluarga pengantin yang sudi menjemput kami. :)
1. Kami bersama pengantin lelaki
2. Pengantin berarak ke Dewan Majlis
3. Persembahan Dikir Barat Singapore
4. Nasi kenduri! - Sedap!!
Sebelah petang pula kami keluar dari Kota Singa. Di Johor Bahru kami menginap di Zen Zeng Hotel. Hotel bujet tapi berbaloi, seorang RM41 termasuk sarapan. memang murah kan. Malam itu kami ke Uptown. Makan malam di sana dan shopping lagi!! :) Macam-macam barang ada kat sini. Kalau pandai menawar, boleh dapat harga murah.
Keesokkan harinya selepas sarapan, kami ke JB Sentral untuk simpan beg di loker yang disediakan. Kalau nak jimat, ambil satu loker besar then masukkan semua beg dalam tu. untuk satu lokar besar hanya RM10 yang boleh muatkan beg untuk 4 orang berbanding satu loker kecil berharga RM5 muat untuk sorang beg saja. selepas makan tengahari di cafe, kami menaiki bas awam ke JPO berharga RM4.50 seorang berbanding RM40 untuk tambang sebuah teksi! fuhh!!.. Jangan risau untuk menaiki bas ke JPO sebab bas ke sana akan ada setiap dua jam. Perjalanan Bas.
Okey! sampai sini sahaja. next entry saya akan update bercutian di Hat-Yai dan Redang.
xoxo
hhm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan