Assalamualaikum!
Hi! Hari ni sibuk sikit. Semalam pun. Kelmarin pun. Tak sempat nak update + internet problem kat office dua tiga hari ni. huhu.. Nasib baik la hari ni dah ok. Sampai tak keluar lunch sebab semangat nak update entry (konon ler..)
For this entry, nak story pasal Hatyai. Dua tiga bulan lepas ( dah lupa tarikhnya..), saya kan holiday kat Krabi & Hatyai. Entry Krabi dah settle, now entry Hatyai plak. Kat Hatyai, bermalam dua malam di hotel Lee Gardens Plaza Hotel. Kalau masih ingat, tempat ni gempak sekejap kes bom dua tiga tahun lepas kot. Tapi masa saya kat sana tu, dah ok. Selamat. Sampaikan nak masuk parking, scan bawah kereta bagai. Keluar masuk hotel tu pun, pak guard check setiap beg. Yang bagus pak guard kat sini, diorang salute semua orang, tak kira la tua ke muda, memang tabik la.. :)
First day kat Hatyai, just keluar makam malam sebab dah sampai petang dah dari Krabi. Makan di restoran Islam berkedekat hotel. Hotel ni tempat strategic sebenarnya. Sebabnya bahagian bawah hotel ada shopping complex, manakala sekitar bangunan tu pula banyak ke gerai-gerai kecil jual macam-macam barang dari pakaian, makanan, jajan, mainan, souvenir, dll.
Second
day, selepas sarapan di hotel (Halal ye), kami ke Ice Dome. Ala macam
kat Genting tu. Menarik jugak la tempat tu, sejukkk. hehe.. Then kami ke
pasar. Jalan-jalan kat situ sampai penat. Petang tu pula kami ke Samila
Beach.
Hatyai Ice Dome
Market : Hatyai Plaza
Mungkin Mermaid ni kot nama Samila. hihi..
Tempat yang tak sempat nak pergi - Floating market. Rugi betul tapi tak apa, ada alasan kat ke sana lagi. hehe.. Okey, sampai sini dulu. Next entry - Diving at Redang! :)
xoxo
hhm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan