20 Ogos 2014

Tegur Menegur

Assalamualaikum...

Tengahari tadi Zira makan di warung tepi Sungai Kemaman, ala.. belakang Petronas Jakar tu. Kalau orang Kemaman mungkin tahu kot. Hihi.. Tengah makan dengan seseorang tetiba nampak sebuah kereta macam familiar je. Hah!.. sah dah officemate datang makan kat sini jugak. Huhu.. Zira sambung makan macam biasa. Dalam hati duk berkira-kira, nak tegur ke tak. nak ke tak, nak ke tak.. Duk fikir-fikir sampai habis makan. Lastly, tak tegur pun. Hihi.. Tak apa, nanti kat office, kalau diorang tanya, baru jawab.

Zira ni kekadang terserempak ke terpandang ke orang yang Zira kenal, memang susah nak tegur. Bukan sombong tapi lebih kepada malu sebenarnya. Lebih-lebih lagi kalau orang tu tak berapa rapat dan jarang jumpa. Tapi kalau yang biasa jumpa tu, memang Zira akan tegur dulu. Sebab tu lah ada kawan cakap Zira ni sombong, tak tegur orang. Maaf sangat-sangat tau. Next time, kalau Zira jumpa orang yang kenal, Zira akan tegur ye.

Satu lagi Zira ni kalau berjalan ke tengah makan kat restoran ke memang tak pandang orang lain. Biasanya Zira akan terdengar orang panggil nama, mulalah tercari-cari siapa yang panggil. hehe.. Zira ni jugak sebenarnya rabun. Walaupun dah pakai cermin mata @ contact lens, kekadang masih tak perasan orang yang panggil Zira. Power mata ni plak dah lama tak check, mungkin dah makin naik kot. huhu.. Jadi lepas ni, sesekali zira akan pandang sekeliling, manalah tahu ternampak orang Zira kenal, boleh terus pergi tegur je nanti. :)

Apa kau merepek ni Zira oi:?

Hehe.. sekadar mengisi masa lapangku.. :)

Kalau lepas ni ada reader yang terserampak dengan Zira, tegurlah. :)

xoxo

-hhm





Tiada ulasan:

Catat Ulasan