28 Julai 2013

Holiday Trip : Krabi, Thailand

Assamualaikum..

Hi semua. Maaf sangat sebab lambat sangat nak story and upload pictures holiday at Krabi last month. Busy sangat dengan kerja sekarang. me with my family go there by car. Drive okey dari Terengganu lagi. Kesian abang-abang saya drive sepanjang perjalanan siap sesat lagi. haha.. Adventure la juga.

Sebenarnya tak susah pun nak bawa masuk kereta ke Thailand. Senang je. Mula-mula pastikan kita bawa geran kereta / salinan pun boleh. Sebelum masuk di sempadan Malaysia / Thailand, kita perlu buat insuran kereta dan insuran diri. Tak perlu risau sebab sepanjang jalan di Changlun tu ada je Kedai untuk buatkan insuran ni. Banner besar-besar dorang letak. Kat situ juga boleh tukar matawang Baht.

Siap semua dokumen tu, terus je ke sempadan. kat sempadan kita, tak masa procedure pun. Then bila masuk sempadan Thailand, kita perlu parking kerata dulu selepas tu beratur di kaunter untuk checking. Kat sini tak sama dengan sempadan Singapura, kita kat perlu turun dari kereta pun. So, kat sini takes time sikit. Kalau ramai orang, memang lambat jugalah.

Siap semua tu, bolehlah masuk ke Thailand dengan jayanya. Yeay! Tak susah pun jalan di Thailand ni, cuma pastikan kita di laluan yang betul. Jalanraya kat sana pun smooth je, memang relax je drive. Oleh sebab kami bergerak dari Changlun terus ke Krabi, so makan masa dalam 7 jam juga untuk sampai ke resort. Campur lagi berhenti makan dan sesat. hehe..

Okeh! Dah penat nak story. Kita layan gambar dulu k. :)

Penginapan Kami : Ao Nang Orchid Resort
Sangat puas hati. Murah + Bersih + Halal :)

Tut-tut
 Pengangkutan kami di Ao Nang Beach, Krabi

 
 Private Boat untuk melawat pulau-pulau sekitar Krabi.
RM800.00 termasuk makan - sangat berbaloi

 Salah satu pulau yang kami lawati. sangat cantik!

Tak susah nak cari makanan halal di sana. sepanjang kedai di sekitar resort kami menginap tu banyak je restoran halal. Pelayan pun boleh bercakap Melayu. :) Kalau penat berjalan, boleh singgah di message spa yang menawarkan harga yang berbaloi.

sambung next entry pula - Hat Yai, Thailand :)



xoxo

hhm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan