17 Jun 2013

Berita Baik vs Berita Buruk

Hi semua!

Semalam baru update, hari ni update lagi. Terlebih rajin. hehe.. Bukan apa, baru je lepas breakfast roti arab goreng, so sebelum start kerja balik, kita update lah blog dulu. hehe.. Erm.. best juga roti arab goreng tadi, rezeki di pagi hari, Kak Has sudi belanja. terima kasih Kak Has. :)

Now, berbalik kepada tajuk di atas!

Berita baik vs Berita Buruk.. Ada beberapa berita baik untuk bulan ini dan setakat ini belum ada berita buruk di terima. minta jauh. hehe.. okey, berita baiknya adalah :

Jeng jeng jeng...

1. Department baru! Sebenarnya sejak balik dari bercuti 2 minggu lepas, saya langsung di tukarkan ke jabatan baru : DPA department. apa tu DPA? DPA ialah Designated Person Ashore. Terkejut kot masa mula-mula dapat tahu tu. Yelah, saya ni major in administration and management tapi DPA ni major in marine management. Memang zero la. huhu.. Tapi saya tak sedih pun sebab, saya boleh belajar benda baru. Start dari bawah. :) Semangat ni nak kerja. hihi..

2. Bonus! Saya bau bonus bulan ini setelah setiap lama menunggu. hehe.. Tapi tak confirm lagi. Kalau confirm, Alhamdulillah. Dapat rezeki lebih bulan ni. Nak merasa juga bonus pertama setelah setahun 6 bulan saya bekerja kat sini.

3. InsyaAllah hujung bulan ni saya nak ambil ujian diving. Salah satu impian saya setelah sekian lama tu. Tak sabar! Tak sabar! :)

4. Sekarang ni saya bersemangat nak memulakan balik business online saya yang telah terkandas sejak sekian lama. Fokus saya ialah produk kecantikan, kesihatan dan kosmetik. Sekarang saya dah start di FB kedua saya iaitu Cik Zira FB. InsyaAllah kalau berjalan lancar, saya akan daftarkan perniagaan ini. :) So, kalau korang nak beli apa-apa produk yang berkaitan tapi malas nak keluar, boleh je beli dengan saya. Harga murah dan sampai terus ke muka pintu rumah. hehe..



Berita buruk - none! :)

So, ketemua lagi ya teman-teman. hehe.. Vessel report dah berlambak menunggu untuk di'kerjakan'. hee..

P/S : Saya ada bagitahu kat atas tadi saya bercuti kan. so, next entry saya akan story-kan percutian saya di Krabi dan HatYai. tunggu tau.. :)


Iklan sekejap! heee :)

Mcm mana masa berlalu dgn begitu pantas? Sertailah #Kotex1minute utk mengetahui jawapannya!

Klik je kat gambar bawah ni.. manalah tahu bertuah kan.. hihi


xoxo

hhm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan