03 Julai 2014

03072014 : Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Hari ni dah hari ke-5 kita menyambut Ramadhan. Alhamdulillah, setakat ini puasa saya masih cukup. Hiii... Dalam masa 10 hari akan datang saya perlu lakukan persediaan untuk ke 'tempat terindah dan teragung'. Syukur sangat-sangat doa dan impian saya untuk ke sana akan tertunai tak lama lagi. Lebih indah bila saya dapat berpuasa ke sana. Dari hari ke hari saya tak sabar tunggu detik itu.

Impian saya untuk ke sana sebelum umur 30 akan tertunai. Inilah hadiah paling bermakna dalam hidup. InsyaAllah sedikit demi sedikit saya akan berubah menjadi lebih baik. Tiada apa yang saya inginkan selain hidup dalam keredhaan Allah.

Subahanallah Alhamdulillah Allahuakhbar

-hhm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan