28 Januari 2015

21032015 Project

Assalamualaikum

Apa tu 'Projek 21032015'? Projek ni sebenarnya hampir semua orang akan alami, dah alami ataupun tak sempat nak alami. Haa.. macam suspen je kan. Projek saya ni pula dateline pada 21032015, sebab tu dinamakan Projek 21032015. Ada orang mengambil masa yang lama untuk laksanakan, tapi projek saya ni mengambil masa 64 hari bermula dari tarikh 17012015. Sempat ke siapkan semua?

InsyaAllah. saya bersyukur keluarga banyak membantu dalam urusan ni. Ada beberapa perkara dah settle seperti Kursus Perkahwinan yang saya dah buat 4 tahun lepas, Test HIV dan Tallassemia dah settle semalam. Dah beberapa tugas dah saya bahagikan kepada keluarga. 

Sebenarnya projek sebegini akan berjalan lancar bila kita saling bekerjasama dan bertolak ansur. Contohnya untuk pelamin, saya nak buat sendiri tapi mami berjaya pujuk saya untuk sewa pelamin sebab tak nak saya penat dan buang masa. Mulanya saya keberatan sebab takut melebihi bajet dan tak ikut citarasa saya tapi Alhamdulillah saya dapat cari tempat sewa yang berpatutan dan dapat ikut citarasa saya. Masa yang ada cukup sebenarnya kalau kita dapat uruskan dengan teratur. Ada beberapa lagi tugasan yang saya perlu selesaikan dalam minggu ni:

- Barang cenderamata
- Barang gubahan
- Kad
- Sticker

Untuk projek DIY, saya masih berkira-kira nak buat @ tidak. Kalau sempat saya buat. Ada beberapa projek DIY dalam kepala ni cuma tunggu masa sesuai nak mulakan.. huhu.. Harap semuanya berjalan lancar, InsyaAllah.

xoxo

hhm



4 ulasan: