11 Oktober 2011

Tips : Maintain Kurus tapi SIHAT!!

Assalamualaikum..

AMARAN! ini bukan tips untuk kurus tapi tips untuk maintain kurus. yep.. yep.. yep.. yang dah kurus tu mesti nak terus maintain kurus kan? bagi yang terus berusaha nak kurus, teruskan usaha anda, jangan putus asa ye. jangan tanya saya macam mana nak kurus sebab, seumur hidup saya tak pernah cecah 43kg!!!(sehingga entry ini di-post) dengan tinggi 160cm. huh! langsung tak seimbang. opss! saya dah usaha macam2 untuk naikkan berat badan tapi still macam ni. degil kan.. sekarang macam dah malas nak fikir macam mana nak naikkan berat badan ni (bukan fed-up) cuma sekarang macam mana nak maintain sihat dalam keadaan kurus mcam ni.

ni tips bagi yang kurus dan nak maintain kurus (macam saya.. ceh! perasan!). 
ini cara saya :

1. saya suka makan. saya suka cuba makan makanan baru. tapi tapi tapi.. nak maintain kurus, makan sedikit tapi kerap. makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. :) satu lagi kelebihan saya, mempunyai metabolisma tinggi! :) opsss! jangan lupa, makan makanan berkhasiat ye.

2. kerap minum air putih! ini baik untuk 'mencuci perut' anda. jangan malas minum sebab malas nak ke tandas untuk buang air. biasa kita baca dalam majalah ke, sembang-sembang dengan kawan ke, 'minumlah 8 gelas sehari'... sebenarnya, minumlah setakat kemampuan kita. janganlah dipaksa-paksa sampai kembung perut dengan air je. tu dah melampau. cara saya, saya suka perah limau nipis & lemon dalam air putih. masam-masam, lagi best. :)

3. bersenam! jangan ingat bila kurus tak perlu bersenam ye. bersenam ikut kemanpuan, paling kurang, joginglah tiga kali seminggu. saya pula suka berjalan. berjalan laju/pantas bukan jalan lenggang lenggok macam itik pulang petang. :) teringat masa saya study di uitm dulu, saya dan teman2 akan berjalan selama 15-20 minit dari hostel ke dewan kuliah setiap hari, 2-3 kali berulang alik, bayangkan! :)

4. berfikiran positif. ini penting! kalau dapat kritikan ke kutukan ke, fikir positif. anggaplah yang memberi kritikan dan kutukan tu sebenarnya cemburu dengan kita. hehe.. 

5. bersyukur! bukan semua dapat apa yang kita impikan. 

pesanan ikhlas ini dari hazirahanum. :)

(Sumber : Macaroon)

xoxo

2 ulasan: