14 Ogos 2014

Kunjungan Pertama : Umrah

Assalamualaikum..

Kalau ada yang baca entry Salam Aidilfitri, mesti tahu yang Zira bangun lambat first day raya dan mummy langsung tak marah. Sebabnya sehari sebelum tu Zira baru sampai dari Jeddah. Iye, Zira ke sana tunaikan umrah. Pertama kali jejak ke Kota Madinah dan Mekah, sangat teruja! Zira ke sana dengan Daddy, pakcik dan makcik. Kami bertolak dari Kuala Terengganu pada 14 Julai 2014, Isnin. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke KLIA2 dalam 45-50 minit dan dari KLIA ke Jeddah mengambil masa 9 jam. Oh! lamanya, sampaikan Zira tak tahu nak buat apa. Lepas tengok movie, tidur, kadang-kadang baca Quran dan sepanjang perjalanan tu kami tak makan sebab puasa dan buka puasa dalam 10 minit sampai di Airport Jeddah. Sampai sana dalam jam 7 malam.


Selepas selesai urusan imigresen, kami gerak ke Kota Madinah yang mengambil masa dalam 3 jam. bersahur pun dalam perjalanan ke sana. Sampai di sana waktu dah hampir subuh. Subuh di sana lebih awal iaitu jam 4 pagi manakala waktu maghrib jam 7 malam seperti di Malaysia juga. Jadi tempoh puasa di sana lebih panjang. Cuaca di sana lebih panas dari Malaysia pada waktu siang dan juga malam.


Sepanjang tiga hari kami di Kota Madinah, kami dibawa melawat ke Masjid Nabawi, Makam Rasulallah dan para sahabat, Mihrab Nabi, Mimbar Nabi, Raudhah, Mashid Quba', Jabal Uhud, Makam Syuhada, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain dan Kebun Kurma. Zira bersyukur sangat dapat masuk kawasan Raudhah dan dapat solat sunat di situ. Walaupun keadaan bersesak-sesak tapi peluang yang ada tak dilepaskan macam tu saja. :)


Pada 17 Julai 2014 kami pun bergerak dari Kota Madinah ke Mekah untuk tunaikan umrah pertama. Kami berhenti di Masjid Bil Ali untuk solat sunat dan niat umrah. Kami sampai di Mekah selepas Asar. Selepas check-in hotel, terus ke Masjidil Haram untuk lakukan tawaf dan saie. Alhamdulillah Zira selesai umrah selepas waktu magrhib. Zira dapat lakukan umrah dua kali iaitu sekali lagi pada 21 Julai 2014. Sepanjang 10 hari di Mekah, kami dibawa melawat Jabar Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, Masjid Jaaranah, Hudaibiyah dan Tanaim.


Zira selamat sampai ke Malaysia pada 27 Julai 2014 iaitu sehari sebelum raya dan sempat berbuka di rumah. Zira rasa bersyukur sangat sebab diberi peluang ke sana secepat ini. Impian Zira untuk ke sana sebelum umur 30 tahun akhirnya tertunai. Alhamdulillah. Zira ke sana melalui pakej Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd. Zira berpuas hati dengan pakej yang disediakan - Penginapan yang selesa dan makanan yang sedap. Jadi, pada yang ingin ke sana, boleh dapatkan info pakej umrah yang disediakan oleh Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd.



xoxo
-hhm

2 ulasan:

  1. tahniah dapat berumrah dan beribadat di dua tanah suci di penghujung ramadhan. semoga Allah menerima ibadat anda.

    BalasPadam