22 April 2011

Aktiviti Hari Ini!

 Assalamualaikum!

JUMAAT - Hari cuti bagi Negeri Terengganu. so, apa aktiviti saya pada hari ini? erm.. rutin hari Jumaat kebiasaannya saya akan kemas bilik! + kemas rumah (kalau kerajinan tahap maksima) bilik dah pun re-design dua minggu lepas - dah tukar susun atur, jadi hari ini cuma nak sapu lantai, vacum carpet, tukar cadar dan susun buku-buku yang bersepah dalam bilik. huhu.. aha! bilik saya lebih kurang macam gambar di bawah ini. huhu.. pink color!

(Sumber : klik sini)


Petang! - menonton dvd Khurafat. ye ye.. saya tahu filem ni dah tayang awal tahun tapi saya belum nonton lagi. sedih kan. :( nak buat macam mana, kekangan masa + kalau nak nonton paling dekat kene drive 100km dari KT ke Mesra Mall Kerteh. kak sana je ada satu-satunya pangung wayang di Terengganu. :(


sambil-sambil menonton, saya suka makan. so, hari ni macam nk buat sandwich tuna. my favorite! :) okey! sebab saya baik hati hari ni, jadi saya nak share resepi sandwich tuna. sumber dari : sini!

Bahan-bahan:


5 keping roti

1 tin tuna

1 labu bawang besar dipotong dadu
2 tangkai cili merah dihiris
3 biji limau kasturi
1 batang timun, dihiris
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun saderi
Sedikit serbuk lada sulah



Cara penyediaan:

Masak tuna seketika di dalam kuali. Masukkan bawang besar, cili, daun sup, daun saderi, perahan limau kasturi dan lada sulah. Gaul rata. Potong roti mengikut saiz yang disukai. Kemudian letakkan hirisan timun di atasnya. Letakkan tuna di atas hirisan timun tadi dan hiaskan dengan hirisan cili merah.  Sedia untuk dihidangkan.


Malam! - saya suka ber-blongging! :) dan ber-FB. sebelum tidur, saya nak start baca novel P/S: I LOVE U  yang sayan beli bulan lepas. erm..baru nak start baca. tapi filem ni dah lama saya tengok dan sangat-sangat best! :)




okey! itu saja. operasi mengemas bilik akan bermula sebentar lagi.
jumpa malam ini! 
daa~

xoxo

HHM

2 ulasan: