21 Februari 2011

Munah : ku ingin rasa apa yang kau lalui

Cerpen : Situasi Kini

temenung aku sendiri. mengimbas kisah semalam. ketika kita terbuai dengan rasa bahagia. kau dan aku. hanya kita! oh.. tidak!! kenapa antara kita bisa ada dia, dia dan dia, sayang? sakitnya hati bila adanya meraka antara kita. sakitnya hati bila hati-hati meraka perlu di jaga. untungnya aku, lebihnya aku, ada kamu selalu disampingku. sayangkan seseorang perlukan pengorbanan. ya, ku korbankan rasa sakit hati ini hanya kerna dirimu.. dirimu..

ah! bodoh! kenapa begitu? butakah aku? pekakkah aku? kenapa kamu? kamu di hatiku? walauku tahu, ianya mustahil untuk bersamamu.. sampai ketika, kita diam! aku diam. kau diam! sungguh! tanpa kata, tanpa bicara. kita akhiri angan-angan kita. aku dengan jalanku dan kau dengan halamu..

(Sumber photo : klik sini )

berdendamkah aku? bilamana aku di tempatmu kini? situasi mu, menjadi situasiku kini. kini dua dan aku mencari yang ketiga. tanpa sedar, ku lalui semua ini. sungguh! bukan ini yang ku mahu, kau jua tahu. namun ini yang aku tempuhi. biarkan begini. ini bukan permainan, kini kenyataan. dan mereka cukupku sayang.

biarlah. sampai masanya akan ku bongkarkan semuanya. biarlah.. kini ku meniti bara aku, ini yang aku pilih. bairlah.. sampai masa, aku akan mencari jalan kembali tapi bukan kini..

nukilan
Munah Arizah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan