15 Januari 2010

bila pernah jadi 'BUDAK HOSTEL', aktivitinya..

TIDUR !!!
BILA ADA PELUANG :p

siapa yang tak setuju sila ANGKAT KAKI. haha..ntah kenapa, i suka tidur kalau tak ada aktiviti di hostel. orang lain i tak tahu tapi i pasti majoriti sesiapa saja yang pernah jadi budak hostel musti suka tidur. kan. kan. kan... okey! cerita hari ini adalah kisah hostel2 di UiTM Dungun yang pernah i tinggal. i pernah tinggal di 3 hostel berbeza di UiTM dulu okey.


i akan cerita berdasarkan pencapaian fasiliti di setiap hostel. :P let's start!

Bilik Terbaik : Kolej Redang


Sebabnya i dapat bilik untuk 2 orang 1 bilik. so, lebih privasi dari bilik lain. bilik i paling bawah, tak la i penat panjat tangga setiap hari. bilik air pun dekat je. :) cuma yang jauh bilik dobi dan bilik tv. so, selama 2 tahun i menetap di situ, i cuma pergi nonton tv bila ada juara lagu dan konsert akhir akademi fantasia saja :( I pun lebih rajin cuci baju dengan tangan, sebabnya bilik dobi di blok lain, malas nak menapak sambil bawa bakul baju yang besar tu. hehe..

Kolej Redang

i pernah tinggal di Kolej Tenggol selama 1 sem. best jugak kat situ cuma kurang privasi sebab 4 orang 1 bilik. yang best pula kat sini, bersebelahan dengan hostel lelaki (Tenggol B). so, cuci mata la i selalu. hehe.. tapi nasib baliklah bilik i mengadap padang, kalau mengadap Tenggol B, alamatnya tak buka langsirlah bilik i tu (macm bilik kawan i).

masa degree pula i tinggal di Kolej Perhentian selama 1 sem. pun dapat bilik paling bawah dan dekat dengan bilik air. kat sini 3 orang 1 bilik. roomate paling best, faezah (HiBARI 4) dan kak fara. kat sini i paling suka suasana kat kerusi lepak belakang bilik i, nyaman je. best lepak-lepak kat situ bawah pokok best. dekat dengan pantai.

Kolej Perhentian

Kantin Terbaik : Kolej Tenggol

masakan kat situ best. macam makan kat kedai. kalau lambat sampai je, lauk mesti dah habis. paling suka lauk ikan keli goreng pedas. memang best la. selain tu, kantin ni berkongsi dengan pelajar lelaki, so memang happening la. boleh je jumpa secret admire setiap hari. haha.. kat sini, kalau tengok couple makan sekali, perkara biasalah tu. kalau kat kantin hostel lain, jangan harap la.

masa tinggal di Kolej Perhentian, jarang sangat makan di kantin, selalu tapau di cafe kapas. kalau dah tak ada lauk sangat baru tapau di kantin Perhentian. masakan kat situ oklah kalau nak dibandingkan dengan kantin Redang.

kantin Redang? eee! masakan sebijik macam kat hostel sekolah dulu. lauk ikan jaket, sotong masak merah.. (sesiapa yang pernah tinggal di hostel sekolah mesti maklum dengan masakan ini kan?) memang i telan je tanpa komen apa-apa. tahun pertama macam tu la masakannya. masuk tahun kedua, dah tukar tender, oklah sikit. masakan pun ada rasa.

Hostel paling jauh : Kolej Redang

mengambil masa 15 minit perjalanan jalan kaki dari kelas ke sana. fuh! mula-mula memang lenguhlah kaki, tapi bila dah lama, biasa je. naik kereta pun terasa jauh. inikan pula berjalan kaki. tapi itulah hakikatnya, i berjalan kaki 15minit setiap kali ke kelas @ outing. sebab itulah i tak gemuk ye kawan-kawan. :)

Kolej Tenggol pun lebih kurang jauh dengan Kolej Redang.

Kolej Perhentian adalah hostel yang paling dekat dengan kelas yang i tinggal. kalau nak yang paling dekat sekali ialah Kolej Karah. masa kat Perhentian pun i jalan kaki je ke kelas, adalah dalam 10 minit kalau jalan langgang kangkung. hotstel paling jauh adalah Kolej Gemia.

Kolej Gemia (Lelaki)

ok! itu cerita hostel di UiTM Dungun. itu masa i tinggal kat sana, sekarng tak tahu la. mungkin dah berubah. kat sana, semua nama hostel sempena nama-nama pulau di Terengganu. ada Redang, Gemia, Tenggol, Perhentian, Kapas, Karah dan Duyong. cuma sekarang i tak pasti Kolej Karah dan Duyong masih ada @ tidak. Sebab ada ura-ura nak robohkan untuk buat bangunan baru. Karah dan Duyong adalah hostel paling lama di situ, macam rumah panjang. sungguh klasik.

Tasik UiTM Dungun

Pintu Masuk Utama

erm..rindu sangat nak pergi uitm dungun. itulah, dulu masa study kat sana, sibuk nak balik kampung setiap minggu. sekarang dah habis, baru rindunak pergi sana. :)

and i miss my friends too.. :(

xoxo


3 ulasan:

  1. hehe..bet0l2 ya..duk hostel kalo xde kejo td0 je la kejenye..haha

    BalasPadam
  2. heheh btol la..bila duk asrama nak tido bebiler pun boleh silap2 ponteng kuliah..semata mata sayang kan tido..opppss telebeh sudah..

    BalasPadam
  3. Amalina : itu lah! kadang2 dalam class pun tidur! haha..

    Comel : YES! sebab nak tidur punya pasal, i pun kekadang 'terponteng' class.. :)

    BalasPadam