07 Ogos 2014

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya semua!! Lambat sikit ucapan tu. Almaklumlah, sibuk beraya kononnya, sampaikan tak sempat nak post entry baru. huhu.. Macam mana raya tahun ni? Best ke tak? Zira macam biasalah beraya di rumah sebab dah memang rumah di kampung plus nenek sebelah mummy memang setiap tahun beraya di rumah Zira. Hari raya pertama tahun ni catat sejarah, sebabnya Zira terlewat bangun dan mummy memang sengaja tak kejutkan. Masalah perubahan waktu tidur melandaku. huhu.. Tapi nasiblah mummy memahami. :)

Tahun ni hari pertama lagi kaum keluarga dah datang rumah, sebelum ni biasanya hari raya kedua diorang datang. Meriahlah sikit hari pertama. Hari kedua, giliran Zira jalan-jalan beraya rumah keluarga. Itupun tak semua rumah dapat pergi sebab jamm.. huhu.. Raya ketiga Zira jalan-jalan beraya rumah kawan sekolah dulu. ada yang 11 tahun tak jumpa. 5 buah rumah Zira redah dari tengahari sampai malam. Seronok jumpa kawan lama sampaikan tak puas bercerita.

Raya keempat Zira lepak kat rumah je, packing barang nak bawa balik ke Kemaman. my bestie, Cik Madie datang beraya. I'm sooo happyyyy. Terima kasih ye mung! haha.. Raya kelima Zira balik ke Kemaman. Alhamdulillah, perjalanan lancar je walaupun kereta banyak tapi tak jamm..

Dah lah! Malas dah nak menaip. Dah pukul 1 tengahari, nak rest kat surau jap sebab hari ni Zira puasa sunat. Terajin. hihi.. Jadi, korang layanlah beberapa keping gambar rayaku ni ye. 

Sempai beraya di Pantai Tok Jembal okeh! :P

Sebahagian dari kaum kerabatku.

Bersama SIL : Arora & Suzana

My bestie : Cik Madie..

Zira nak mohon maaf kepada reader kesayangan yang tak jemu singgah di blog Zira. Maaf ye andai ada bahasa & perbuatan zira menyinggung hati sanubari korang. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

xox

-hhm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan