10 Julai 2009

interview!

okey! semalam (khamis, 09072009) aku menghadiri satu temuduga di gov sector. malam tu langsung aku tak boleh tidur, beb. resah semacam. aku fikir, apalah yang akan ditanya nanti. paling takut disiruhnya speaking 100%. mau-nya tunggang langgang nanti. bukannya aku tak boleh speaking tapi dah lama tak praktik, lidah pun dah keras. dua tiga hari sebelum interview, aku pun study la macam nak exam. menteri kabinet jangan cerita la, dari a sampai z aku hafal.

hari interview tu aku sampai pukul 8 lebih2. ramai yang sibuk daftar. giliran aku ke-6 bilik no 4. jumlah yang datang 24 orang. kekosongan tak tahu la berapa. lebih kurang sejam lebih aku tunggu, sampai la giliran aku. nervous jangan cakap la, first time interview ni.

aku memang ikut semua la tip2 menghadiri temuduga. sebelum masuk ketuk pintu, bagi salam. sampaikan cara serah resume pun diajarnya. protokolnya. masuk je bilik temuduga tu, dua orang panel sedia menunggu aku. seorang lelaki, seorang perempuan. tak la tua sangat, agak2 dalam akhir 20-an kot. buat permulaan, aku disuruh perkenalkan diri in english. nasib la aku da praktis. okey je. atfer that, fully in malay. tapi aku jawab rojak juga, sebab da terbiasa pula. okey la, interviewer tu okey, tak garang pun. interview tu pun tak la formal sangat, buat aku rasa selesa.

lebih kurang 20 minit, aku pun selesai. thats it! harap2 berjaya la..
korang doakan aku berjaya ya.. "_"

xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan