06 April 2009

ISNIN TERAKHIR!

mesti korang tertanya-tanya kenapa aku kata hari ni isnin terakhir. sebabnya harini la hari isnin terakhir aku di UiTM. hari isnin terakhir! windu weh.. banyak perkara manis berlaku pada hari isnin di UiTM. yang paling aku suka tentang hari isnin ni sebabnya student-student lelaki di UiTM mesti hensem-hensem gile.. yang tak hensem pun akan hensem jugak..
student UiTM mesti dah sedia maklum kenapa aku kata camtu, mungkin korang pun setuju kan kan kan.. kepada yang tak tahu pula.. hari isnin merupakan hari korporat UiTM, so nak tak nak semua student lelaki mesti pakai tie tapi terkeculi bagi yang pakai baju melayu lengkap ataupun baju batik. (tapi jarang sangat yang pakai baju melayu dan batikk ke kelas.. macam wakil rakyat jer..) ala.. bukan aku sorang yang suka hari isnin ni, kawan2 aku pun sama.. pantang hari isnin, mesti nak lepak lama2 kat kampus walau pun kelas dah habis. nak cuci mata.haha...
aku pasti akan rindu hari isnin UiTM nanti selepas 5 tahun aku disini.. huhu...

++++++++++++++++++++++++

aku ada dua test hari ni. satu test system analysis design dan yang kedua business process reenginnering. dua-dua tak dapat jawab sepenuhnya.. huhu... tension!!

++++++++++++++++++++++++

classmate aku, aisyah and kak ina accident motor terlanggar tut..tut... (pelik jugak, kat kawasan kg. pun ada haiwan tu ye..)
kak ina cedera ringan tapi aisyah yang teruk, kaki yang parah. sekarang kat hospital KT. harap2 aisyah cepat sembuh.. chaiyok! chaiyok!!

xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan