24 Mei 2009

REPORT sudah dihantar!

(image di atas tiada kaitan: upload dari internet)
warna-warna kehidupan.. peace!

hari ini tepat jam 11:00 pagi saya bersama eja dan kak ana bertolak ke dungun. tujuannya- hanya satu: menghantar research report yang telah siap dijilid kepada supervisor kami. fuhh! dugaannya dengan kerata comel saya yang tak der air-corn, memang menguji tahap kesabaran saya. huhu... sampai je di uitm, kami terus ke library untuk ambil report yang saya hantar jilid minggu lepas. nasib baik la dah siap. terima kasih en.zakaria sebab membantu. :-)
dah ambil report, kami pun sama-sama la memanjat bangunan intelek dan saujana untuk hantar report ni ke bilik supervisor . sesampai je depan bilik supervisor, dia pula tak ada. sedih, seram.. semua ada, tapi nasib la dia benarkan kami tinggalkan report dalam box depan pintu dia je..
akhirnya, research saya siap sepenuhnya! yea.. :-) lepas ni tak nak fikir-fikir pasal ni lagi. tapi result tak kuar lagi. huhu.. arghh!! tak nak fikir lagi.. saya mahu enjoy dulu. minggu depan, bercuti!!! yea. :-p

xoxo

p/s: thank to en. jefry (supervisor) yang banyak bantu kumpulan saya siapkan research ini dan prof. ismail yang memberi tunjuk ajar untuk buat research ini. terima kasih semua!! (harap-harap dapatt A+ untuk research ni.. doakan ya..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan