06 Februari 2009

MY FARA & RABY!

Tetiba tadi aku teringat pada teman-teman lama, teman-teman Diploma dulu. apa yang sedang diorang buat sekarang ye? terasa rindu pula pada diorang. majoriti teman sekelasku waktu diploma dulu berada di Shah Alam sekarang, sambung degree di sana. cuma aku yang masih setia di Dungun. 2-3 orang sudah bekerja. dan 2 orang telahpun berkahwin dan mempunyai anak!

pantas jari-jemari ku memicit-micit butang-butang nombor di handphoneku.. mesej pertama ku send pada raby. 5minit kemudian baru ada respon. dia sudah bekerja dan menetap di kampung halamannya di Negeri9. insan yang kedua yang aku mesej ialah fara, ex-roomate ku. rindu bangat sama kamoo.. dia pun dah bekerja dan menetap di Seremban. kedua-duanya orang Negeri.

aku pasti fara telah jauh berubah (sorry if i'm wrong) tapi walau siapapun dia, dia tetap temanku. aku kenal dia, aku tahu siapa dia. pada aku dia tidak hipokrit. mungkin keadaan yang memaksa dia menjadi 'lain' semasa bersama kami dulu. fara, i always be your friend. i love you.

raby, pada aku seorang yang lembut, baik hati. tak pernah menyakitkan hati aku. (ermm..aku yang selalu menyakitkan hatinya..) aku harap dapat berjumpa dengan kamoo berdua. pasti banyak cerita yang kita dapat kongsi bersama.love u always..
xoxo

p/s: technical problem nak upload picture. nnt aku upload kemudian..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan