11 April 2011

Jerawat! :(

Assalamualaikum...

Oh!! kenapalah kamu menempel di pipi ku saat ini. boleh tambah lagi meter stress yang sedia ada. huhu.. bukan satu tapi tiga pula tu. sedih betul! :( ish!!! jatuh saham minggu ni. masa ni  lah sibuk nak cari ubat hilangkan jerawat. sebelum ini bukan tak pernah berjerawat tapi tak lah lama macam kali ini. risau juga ni, takut sejarah lama berulang. ingat-ingat zaman sekolah dulu sampai malu nak keluar rumah sebab jerawat ni lah. sampaikan terpaksa jumpa pakar kulit, Alhamdulillah lepas tu tak ada dah. licin semulus kulit telur, tapi bukan telur palsu yang orang kecoh sekarang ni. ish! ish! ish! telur pun dah ada yang palsu sekarang. dunia dunia..

sebelum nak beli ubat hilang jerawat ni, saya google-lah sebab musabab jerawat ni menempel kat pipi saya ni. why hah?!
  1. hormon - tapi hormon saya rasanya dah stabil sekarang
  2. keturunan - ini ada sebab mummy dan abang saya zaman dorang muda-muda jelita tu memang berjerawat.
  3. ubat-ubatan - setakat ni biasa ambil ubat demam, batuk dan selsema je. erm...?
  4. Kosmetik - dah pakai bedak free-oil.
  5. persekitaran - office saya ada air-cond, itu antara punca juga ke?
  6. stress - ini sah! memang ya sebab minggu ni memang banyak sangat yang mengganggu fikiran.


(sumber : klik sini)

Orang dulu-dulu kulit mulus. kenapa? sebab mereka rajin menjaga kulit. ah! tak juga, sebab dulu mana ada pencemaran - tak ada jerebu, tak ada hujan asid. tapi antara petua orang lama yang masih kita boleh praktikkan adalah.. sila tengok bawah ye :P 
  1. Kulit kayu manis + madu lebah - asah kulit kayu manis campur dengan madu lebah, then tempel kat tempat jerawat sebelum tidur. ~ pernah cuba tapi tak tahan pedih. huhu..
  2. Timun - Kisar timun dan tapis airnya. tempelkan hampas timun pada parut jerawat, tunggu selama setengah jam then bilas dengan air suam. ~erm.. macam senang, nak try la.
  3. Daun sireh muda - tumbuk daun sireh then tempelkan pada muka dan tunggu hingga kering. bilas dengan air suam. ~ mana nak cari daun sireh muda kat bandar ni? huhu..


okey! petua kat atas tu kalau rajin boleh la amalkan tapi kalau tak, baik jangan sebab petua tu perlu di amal selalu, kalau setakat buat sekali dua, memang tak jadi. so, terpulanglah pada masing-masing. saya? esok habis kerja terus ke farmasi then beli ubat c-mycin. sebelum tidur, tempelkan saja ubat tu, senang cerita.

tamat sudah cerita sengsara jerawatku

:P

xoxo 

HHM

2 ulasan:

  1. Yang dengan timun dah penah try lom? Kalo berkesan, teringin nak try. :D

    BalasPadam
  2. Fatin Mira : dah try, menjadi! tapi atas kulit masing2 juga..

    BalasPadam