31 Julai 2011

Puasa 2011!

Assalamualaikum

Salam Ramadhan buat semua umat Islam di Malaysia dan di mana-mana sahaja. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menunaikan ibadat puasa pada tahun ini. Syukur, Alhamdulillah.

lama betul saya tak ber'blogging'. sibuk dengan kerja + kekeringan idea untuk mengarang di blog. banyak cerita tapi bila penat dengan kesibukan kerja, jadinya malas nak mengarang. tapi insayallah, lepas ini saya akan update blog ini paling kurang seminggu sekali. hopefully. :) tambahan lagi hari ini saya dah dapat apa yang saya inginkan sebelum ini, camera! walaupun camera biasa saja, tapi ianya tetap berguna pada saya untuk merakamkan detik-detik indah dalam hidup saya. lepas ni mungkin gambar akan lebih banyak berbanding penulisan dari saya. :)

saya harap saya dapat berpuasa penuh pada tahun ini. rindu nak puasa penuh tau! dan saya harap saya dapat tingkatkan lagi ibadat saya di bulan mulia ini, InsyaAllah.

*****


Salam Ramadhan semua!

Sayang semua,
HHM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan