29 Julai 2010

Munah Berbicara : Hitam..

Hitam..
yang membawa jalan
membuka ruang

Hitam..
aku terkeliru
jalan yang dituju
lalu terpalit rasa yang tak perlu

Hitam..
sepimu membawa sendu
aku menanti tanpa perlu

Hitam..
lalu qalam-mu ku fahami
kau bukan untukku
juga sesiapa

Hitam..
ku ikut langkah ini
menuju kepada-Nya
andai aku tersasar, sedarkan aku

Hitam..
kau ibarat bulan
tetap ada walaupun tidak kelihatan

Hitam..
ku rela kau pergi
kerna ku tahu kau tetap ada
di 'sampingku'

1 ulasan:

  1. saya faham.... tapi awak perlu buat keputusan secara tegas.... sebab manusia yang takut buat keputusan lalu takut utk pegang dengan keputusannya... manusia itu takkan berganjak kemana-mana... manusia itu takkan berubah kearah kebaikkan... harap kamu tetapkan pendirianmu....

    BalasPadam