Memaparkan catatan dengan label My Travels. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Travels. Papar semua catatan

04 November 2014

Hiking Trip : Gunung Kerinci, Indonesia - Part 1

Assalamualaikum..

Tarikh : 23 - 27 Oktober 2014
Tempat : Padang, Sumatera Barat, Indonesia

Entry kali ni zira nak review trip baru-baru ni. Destinasi utama adalah Gunung Kerinci di Sumatera Barat, Indonesia. Why there? Bcoz konon-kononnya nak hiking la kan plus jalan-jalan. Trip kali ni anjuran Terengganu Backpackers. So, lets Start :)

Hari Pertama : Kami seramai lapan orang berkumpul di KLIA2. First time jugak jejak kaki ke KLIA2. Not bad. Boleh shopping kat sini. hehe.. Flight kami ke Padang, Indonesia 1.25 pm. Kami sampai di International Minangkabau Airport lebih kurang pukul 2.00 pm waktu sana. Sana lewat 1 jam dari Malaysia. Our Tourist Guide - Abu dah setia menanti. Dari sana kami menaiki van (macam bus la tapi van besar) ke Basko Hotel dalam 30 minit. Hotel ni menarik terletak sebelah Basko Grand Mall. Selepas check-in, kami bergerak ke butik outdoor yang ada sekitar bandar dengan menaiki Angkut. Malam itu kami makan nasi padang di Rumah Makan Lamun Ombak. best! 


1. Muka ceria sebelum terbang! :D
2. Check-in luggage


Rumah Makan Lamun Ombak
Antara lauk nasi padang dan suasana restoran.

1. Keadaan dalam Angkut, macam sardin dalam tin. hehe..
2,3,4 : Shopping di butik outdoor dan Basko Grand Mall

Hari Kedua : Lepas breakfast dan check-out, kami terus bergerak ke Kersik Tuo yang terletak di Jambi. Perjalanan mengambil masa antara 6-8 jam dari Padang ke sana menaiki van. Keadaan jalan macam nak ke Cameron Highlands sebab Kersik Tuo ini adalah tanah tinggi. Sampai di sana, kami menginap di Homestay Paiman. Malam itu kami makan di Gerai sekitar dan membuat persiapan untuk pendakian esok.

1. Van yang disewa untuk ke Kersik Tuo
2. Makan nasi padang di R&R

Homestay Paiman

Hari Ketiga : Awal pagi selepas bersiap dan makan pagi, kami terus bergerak ke Pintu Rimba untuk memulakan pendakian di Gunung Kerinci. Di sini terdapat tiga hentian untuk berkhemah dan kami berhenti di Shelter 3 iaitu hentian terakhir dan paling dekat dengan puncak gunung. Kami bermalam di sini dan mulakan pendakian ke puncak pada jam 3 pagi. Alhamdulillah, seramai 7 orang dari kami termasuk Guide berjaya menawan puncak Gunung Kerinci. Selepas menikmati pemandangan dari puncak gunung kami memulakan perjalanan menuruni gunung. Kami sampai di homestay pada lewat petang. 

1, 2. Pemandangan di Shelter 3
3, 4. Trek ke puncak gunung

Kami berjaya! :)

Peta Gunung Kerinci

Okey,, bersambung! :D

15 September 2014

Yogjakarta, Indonesia

Assalamualaikum...

Zira ada satu soalan, masa satu yang betul : Jogjakarta @ Yogjakarta? Erm.. Okey! Tak perlu nak peningkan kepala sangatlah. Just relax and continue your reading. Hihi.. Sebenarnya dah lama Zira ke Yogjakarta, bulan Januari lepas tapi langsung tak ingat nak update dalam blog. Maaf ya.. Percutian kali ini Zira ikut keluarga sepupu yang ada program Selawat bersama Habib Syeikh. Sebenarnya ini last minute planning. Pergi pun 3 hari 2 malam je tapi sangat menyeronokkan.

Kami bertolak dari Kemaman malam hari dan singgah di rumah Angah saya di Putrajaya. Jam 6.00 pagi kami gerak menaiki 


14 Ogos 2014

Kunjungan Pertama : Umrah

Assalamualaikum..

Kalau ada yang baca entry Salam Aidilfitri, mesti tahu yang Zira bangun lambat first day raya dan mummy langsung tak marah. Sebabnya sehari sebelum tu Zira baru sampai dari Jeddah. Iye, Zira ke sana tunaikan umrah. Pertama kali jejak ke Kota Madinah dan Mekah, sangat teruja! Zira ke sana dengan Daddy, pakcik dan makcik. Kami bertolak dari Kuala Terengganu pada 14 Julai 2014, Isnin. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke KLIA2 dalam 45-50 minit dan dari KLIA ke Jeddah mengambil masa 9 jam. Oh! lamanya, sampaikan Zira tak tahu nak buat apa. Lepas tengok movie, tidur, kadang-kadang baca Quran dan sepanjang perjalanan tu kami tak makan sebab puasa dan buka puasa dalam 10 minit sampai di Airport Jeddah. Sampai sana dalam jam 7 malam.


Selepas selesai urusan imigresen, kami gerak ke Kota Madinah yang mengambil masa dalam 3 jam. bersahur pun dalam perjalanan ke sana. Sampai di sana waktu dah hampir subuh. Subuh di sana lebih awal iaitu jam 4 pagi manakala waktu maghrib jam 7 malam seperti di Malaysia juga. Jadi tempoh puasa di sana lebih panjang. Cuaca di sana lebih panas dari Malaysia pada waktu siang dan juga malam.


Sepanjang tiga hari kami di Kota Madinah, kami dibawa melawat ke Masjid Nabawi, Makam Rasulallah dan para sahabat, Mihrab Nabi, Mimbar Nabi, Raudhah, Mashid Quba', Jabal Uhud, Makam Syuhada, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain dan Kebun Kurma. Zira bersyukur sangat dapat masuk kawasan Raudhah dan dapat solat sunat di situ. Walaupun keadaan bersesak-sesak tapi peluang yang ada tak dilepaskan macam tu saja. :)


Pada 17 Julai 2014 kami pun bergerak dari Kota Madinah ke Mekah untuk tunaikan umrah pertama. Kami berhenti di Masjid Bil Ali untuk solat sunat dan niat umrah. Kami sampai di Mekah selepas Asar. Selepas check-in hotel, terus ke Masjidil Haram untuk lakukan tawaf dan saie. Alhamdulillah Zira selesai umrah selepas waktu magrhib. Zira dapat lakukan umrah dua kali iaitu sekali lagi pada 21 Julai 2014. Sepanjang 10 hari di Mekah, kami dibawa melawat Jabar Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, Masjid Jaaranah, Hudaibiyah dan Tanaim.


Zira selamat sampai ke Malaysia pada 27 Julai 2014 iaitu sehari sebelum raya dan sempat berbuka di rumah. Zira rasa bersyukur sangat sebab diberi peluang ke sana secepat ini. Impian Zira untuk ke sana sebelum umur 30 tahun akhirnya tertunai. Alhamdulillah. Zira ke sana melalui pakej Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd. Zira berpuas hati dengan pakej yang disediakan - Penginapan yang selesa dan makanan yang sedap. Jadi, pada yang ingin ke sana, boleh dapatkan info pakej umrah yang disediakan oleh Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd.



xoxo
-hhm

22 Oktober 2013

Holiday Trip : Hatyai, Thailand

Assalamualaikum!

Hi! Hari ni sibuk sikit. Semalam pun. Kelmarin pun. Tak sempat nak update + internet problem kat office dua tiga hari ni. huhu.. Nasib baik la hari ni dah ok. Sampai tak keluar lunch sebab semangat nak update entry (konon ler..)

For this entry, nak story pasal Hatyai. Dua tiga bulan lepas ( dah lupa tarikhnya..), saya kan holiday kat Krabi & Hatyai. Entry Krabi dah settle, now entry Hatyai plak. Kat Hatyai, bermalam dua malam di hotel Lee Gardens Plaza Hotel. Kalau masih ingat, tempat ni gempak sekejap kes bom dua tiga tahun lepas kot. Tapi masa saya kat sana tu, dah ok. Selamat. Sampaikan nak masuk parking, scan bawah kereta bagai. Keluar masuk hotel tu pun, pak guard check setiap beg. Yang bagus pak guard kat sini, diorang salute semua orang, tak kira la tua ke muda, memang tabik la.. :)

First day kat Hatyai, just keluar makam malam sebab dah sampai petang dah dari Krabi. Makan di restoran Islam berkedekat hotel. Hotel ni tempat strategic sebenarnya. Sebabnya bahagian bawah hotel ada shopping complex, manakala sekitar bangunan tu pula banyak ke gerai-gerai kecil jual macam-macam barang dari pakaian, makanan, jajan, mainan, souvenir, dll.

Second day, selepas sarapan di hotel (Halal ye), kami ke Ice Dome. Ala macam kat Genting tu. Menarik jugak la tempat tu, sejukkk. hehe.. Then kami ke pasar. Jalan-jalan kat situ sampai penat. Petang tu pula kami ke Samila Beach.

Hatyai Ice Dome

17 Oktober 2013

Holiday Trip : Kota Singa

Tarikh : 30 Ogos 2013 - 1 September 2013
Tempat : Singapura & Johor

Assalamualaikum..

Hi semua! Dah lamakan saya tak update blog. Tak ada masa terluang la, lagipun kat rumah tak ada wifi. Ni curi-curi masa terluang kat office. hihi.. Saya nk update ni pun bukan yang latest sangat pun. Dah sebulan lebih dah pun percutian ni.

Untuk entry kali ni saya nak update berkenaan percutian ke Singapura dan Johor. Saya bersama BFF - Madiana, anak saudara - Anas dan our taurist guard - Pak Tam ke sana menaiki bas express dari Kemaman ke Larkin, Johor. Sesampai di sana terus ke JB Sentral. Masuk Singapura dalam pukul 8 pagi. Sampai di Hotel 81 - Classic, Joo Chiat pada jam 9 pagi dan terus gerak ke USS pada jam 10 pagi! Kat sini saya nk share sikit macam mana nak beli tiket USS dengan senang, cepat, mudah dan murah (kalau bernasib baik!) Klik kat sini Universal Studio Singapore, then click at BOOK NOW! jika bernasib baik, akan ada promosi tertentu. Seperti  yang saya dapat, bagi pemegang kad Maybank Dedit akan dalam diskaun!! Berbaloi, dah la dapat percuma Kung Fu Panda Souvenir Bottle.

1. Welcome to Far Far Away!
2. I'm at New York Street
3. Lions at New York Library
4. USS Globe 

28 Julai 2013

Holiday Trip : Krabi, Thailand

Assamualaikum..

Hi semua. Maaf sangat sebab lambat sangat nak story and upload pictures holiday at Krabi last month. Busy sangat dengan kerja sekarang. me with my family go there by car. Drive okey dari Terengganu lagi. Kesian abang-abang saya drive sepanjang perjalanan siap sesat lagi. haha.. Adventure la juga.

Sebenarnya tak susah pun nak bawa masuk kereta ke Thailand. Senang je. Mula-mula pastikan kita bawa geran kereta / salinan pun boleh. Sebelum masuk di sempadan Malaysia / Thailand, kita perlu buat insuran kereta dan insuran diri. Tak perlu risau sebab sepanjang jalan di Changlun tu ada je Kedai untuk buatkan insuran ni. Banner besar-besar dorang letak. Kat situ juga boleh tukar matawang Baht.

Siap semua dokumen tu, terus je ke sempadan. kat sempadan kita, tak masa procedure pun. Then bila masuk sempadan Thailand, kita perlu parking kerata dulu selepas tu beratur di kaunter untuk checking. Kat sini tak sama dengan sempadan Singapura, kita kat perlu turun dari kereta pun. So, kat sini takes time sikit. Kalau ramai orang, memang lambat jugalah.

Siap semua tu, bolehlah masuk ke Thailand dengan jayanya. Yeay! Tak susah pun jalan di Thailand ni, cuma pastikan kita di laluan yang betul. Jalanraya kat sana pun smooth je, memang relax je drive. Oleh sebab kami bergerak dari Changlun terus ke Krabi, so makan masa dalam 7 jam juga untuk sampai ke resort. Campur lagi berhenti makan dan sesat. hehe..

Okeh! Dah penat nak story. Kita layan gambar dulu k. :)

Penginapan Kami : Ao Nang Orchid Resort
Sangat puas hati. Murah + Bersih + Halal :)

Tut-tut
 Pengangkutan kami di Ao Nang Beach, Krabi

 
 Private Boat untuk melawat pulau-pulau sekitar Krabi.
RM800.00 termasuk makan - sangat berbaloi

 Salah satu pulau yang kami lawati. sangat cantik!

Tak susah nak cari makanan halal di sana. sepanjang kedai di sekitar resort kami menginap tu banyak je restoran halal. Pelayan pun boleh bercakap Melayu. :) Kalau penat berjalan, boleh singgah di message spa yang menawarkan harga yang berbaloi.

sambung next entry pula - Hat Yai, Thailand :)



xoxo

hhm

25 Jun 2010

Penang + Melaka + Putrajaya

Assalamualaikum..

Hari yang rajin untuk update entry baru. ("_") Untuk kali ini nak story sikit tentang percutian keluarga baru-baru nih! penat tapi seronok! :P

Bertolak dari Kuala Terengganu pada 13 jun 2010 meninggalkan daddy keseorangan di rumah. huhu.. Dia tak dapat ikut kali ini. Destinasi pertama Putrajaya, ke rumah angah. Malam tu sempat keluar makan-makan bersama Mazni, Beah dan anak-anak saudara Mazni yang chomel-chomel! Memang seronok la keluar dengan korang! :) Beah ibarat pemandu pelancong dan saya ibarat pelancong, habis satu putrajaya dia cerita.

14 jun 2010 bertolak ke Pulau Pinang! haha.. Ini kali pertama saya jejakkan kaki ke pulau mutiara itu! Akhirnya!!!! :) Menginap di Sri Sayang Apartment yang tingginya mak aii.. Tak sanggup cheq. Nasib baik la dapat tingkat 14 dari 33 tingkat!!! Fuh! Dah la atas bukit, tapi best depan pantai.

15 jun 2010 Destinasi pertama perkena nasi kandar! erm.. Orang lain makan nasi separuh je tapi saya... Nasi penuh satu pinggan dan boleh habis!!! Wah! Mummy pun terkejut! haha.. Lepas tu ke taman rama-rama! selesai snap-snap di sana, kami pusing satu pulau lalu jalan bukit-bukit! macam jalan nak ke Cameron Highland tapi nasib baik kali ni saya tak pening! haha.. Singgah di komtar beli jeruk! erm.. best!

Malam itu saya keluar bertemu kawan blogger + Facebook : Adam Luba! akhirnya bertemu juga. sebab hujan jadinya pusing-pusing bandar je. terima kasih ya en. Adam!

16 Jun 2010 Selepas check-out terus ke Toys Museum. Wah! Rambang mata tengok koleksi patung-patung dari movie popular. Boleh juga bergambar dengan Jack Sparrow. :) Selepas itu bertolak balik ke Putrajaya.

17 Jun 2010 dari Putrajaya kami bertolak ke Melaka. Kali ini bertambah 1 ahli rombongan baru, my cousin : Alin! :) Sempat ambil di UKM semalam. Sampai di Melaka, check-in di Puteri Resort. yang best kat sini swimming pool dia besar dan petang tu terus turun mandi! haha.. Malam sempat lagi ber'shopping' di Mydin Mall. Lepas tu, Pusing-pusing bandar Melaka.

18 Jun 2010 Lepas check-out, terus ke bandar Melaka. Snap-snap gambar sikit je sebab tak tahan panas. Fuh! berpeluh.. Tapi sempat masuk Muzium Kecantikan. Kat dalam tu ceritakan tentang kecantikan orang dulu dari seluruh dunia. Diorang sanggup terseksa untuk cantik pada pandangan masyarakat diorang. Saya tak sanggup la. huhu.. Petang bertolak balik ke Putrajaya.

19 Jun 2010 Rehat-rehat saja di rumah dan malam tu keluar lagi bersama Mazni dan Beah! pusing-pusing KL waktu malam. best! :)

20 Jun 2010 Bertolak balik ke Kuala Terengganu.. :) Percutian kali ni best sebab pergi banyak tempat. :) Tak sabar nak tunggu next year punya holiday pula, ke Pulau Redang!! :) siapa nak ikut?!

Berikut adalah gambar yang saya sempat snap sepanjang percutian!


'Ahli rombongan' Kami. :)


Dania excited tengok patung Barbie.


Di Bandar Melaka


+++++

TQ!
visit my blog!

love you all!

muahsss!

xoxo

love,
Hanum

18 Ogos 2009

PD + UKM's convocation + dating!

hi everyone!
fuh! penat! there is a lot of things that happen to me lately. tired, but i'm happy! :-) entry kali ni dipadatkan dari tiga kisah yang berlaku sepanjang 2 minggu ini.

kisah pertama: me as a baby sitter!

4 August 2009 to 13 August 2009. Selama dua minggu saya temankan my sister in law, kak zana go to her course at Quality Hotel (near SOGO) and Avillion (at PD). menjaga si comel Dania dan abangnya Daniel sungguh mencabar. this is my first time be a baby sister for a long time. saya sendiri pun macam tak percaya, tapi saya berjaya lakukan. people who are close with me may know that i have no chemistry with kids, but this time i can proof myself that i can do it. :-)

Kisah dua : my cousin's convocation!

Ahad, 16 August 2009. saya buat kali pertamanya menjejakkan kaki ke UKM Bangi. tapi bukan sebagai pelajar tapi sebagai tetamu yang meraikan pelajar UKM yang telah tamat pengajian. TAHNIAH! my cousin, Alin have completed her study in degree of civil engineering and structure. now, she continue her study in master.. i'm very proud of you my dear!

Kisat tiga : DATING! :-)

Sabtu, 8 August 2009. go to Pavillion with wanj. hangout at J.CO eating our favorite, donuts! this is first time we bought donuts from J.CO. erm... delicious but i think i like Big Apple more than Dunkin Donuts and J.CO.. jgn marah!! hihi..

Ahad, 16 August 2009. balik dari konvokesyen Alin, saya terus keluar bersama gula-gula hati, wanj. rindu! we just go to jusco balakong for window shoping and have a dinner at pizza hut. thanks, syg. you know my favorite. :-)

donuts from J.CO

p/s: dah 2 minggu batuk2 tapi masih tak baik2. semalam pergi klinik kesihatan putrajaya. alhamdulillah, paru2 tak ada masalah. yang penting makan ubat dan banyakkan minum air suam! huhu..

xoxo

15 Jun 2009

family day is AWESOME!

okey! hari ni baru saya sempat tulis entry pasal percutian keluarga saya. busy tak la busy sangat tapi ada halangan untuk saya post entry ni lebih cepat. tak nak merepek panjang, so inilah hasilnya.

1 jun hingga 3 jun yang lalu saya bersama keluarga saya telah ke A'famosa Resort Melaka untuk BERCUTI! best bangat seh!..


(keluarga besar!.. sila abaikan spek saya yang besar tu. hehe..)

hari pertama (1 jun 2009)
saya tiba di sana tepat jam 3petang. terus check-in. berehat sebentar (bersama kit-kat. hehe..) lepas tu terus.. busshhhhssss.. terjun dalam kolam renang depan bungalow tu. tak tahan la tengok air, dah la panas masa tu. hehe.. :-)

penat berenang sana-sini tapi masih tak puas. malam pula kami sekeluarga ke night show. memang best. suka sangat! :-) tapi maaflah, tak ada gambar untuk malam tersebut.


hari kedua (2 jun 2009)
kami bertolak ke Bandaraya Melaka. menarik! pusing-pusing bandaraya ( yang sebenarnya sesat.hehe..) kami naik Menara Taming Sari. best! boleh tengok seluruh bandaraya tersebut. gayat juga bila di tempat tinggi. adalah sekeping dua gambar yang saya sempat snap.

lepas tu sempat lagi shopping di Mall. sebelah petang pula, makan-makan di Umbai. ikan di sana memang fresh. best! kat sini pun saya tak snap gambar, sibuk sangat dok makan. hehe.. dah selesai makan kami pun balik ke bungalow kami (ceh! macam orang kaya-raya pula. hehe..)

aktiviti seterusnya... mandi! syoknya mandi-manda dalam kolam malam-malam. airnya suam-suam kuku. rasa macam tak ni naik. tak puas. masa tu kak nor (my cousin) dok sibuk cakan telefon sambil mundar-mandir di tepi kolam. macam dalam drama swasta je adegannya. hehe..

(pandangan dari Menara Taming Sari)

hari ketiga
(3 jun 2009)
hari terakhir. saya, mummy, daddy, andak, abg zul, anas, basir, angah dan kak zana adalah yang bertuah dapat breakfast. the rest, breakfast kat bungalow je. kesian. huhu.. yang kelakarnya kat sini, pak guard pun jadi waiter.

lepas makan terus check-out. then, kami ke themepark. tengok aminal show, bird show, cowbow show dan melawat mini zoo kat sana. seronok la.. tak banyak gambar yang saya sempat snap sebab kusyuk sangat tengok show.hehe..

habis tengok show, kami terus bertolak balik ke putrayaja.. sekian!

(burung pun pandai berbasikal tau)

xoxo