Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

20 Ogos 2013

Kad Kredit oh! Kad Debit

Assalamualaikum..
 Alahai.. susahnyalah nak buat hotel online booking. majoriti nak kan kad kredit as a guarantor. Saya ni manalah ada kad kredit. kad ATM adalah. Sebelum ni memang saya tak nak buat kad kredit sebabnya takut salah guna. Tambahan saya ni suka 'shopping'. Memang makin rabak la kalau ada kad kredit. Setakat ni ada kad debit pun, dah rabak. huhu..


Tapi at least, bila saya guna kad debit ni, saya sentiasa beringat, kalau tak cukup amount, memang tak gunalah. Tapi, sekarang ni memang kena ada kad kredit juga. As in case, untuk flight ticket, hotel booking, etc.

any suggestion, kad kredit mana yang bagus? please. help me!

xoxo

hhm

15 Februari 2012

10 Perkara Yang Boleh Rosakkan Otak

Bosan! so aku godek-godek internet, lalu terjumpa suatu yang menarik untuk dikongsi.10 PERKARA YANG BOLEH ROSAKKAN OTAK. ingat! otak adalah salah satu organ terpenting dalam badan kita. disitulah pusat kawalan sistem tubuh kita. :) 

1. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN
Otak menggunakan organ paling banyak menggunakan tenaga - 25% daripada keperluan tenaga badan. Jika kita tak ambil sarapan, boleh menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2. TERLEBIH MAKAN
ini memang aku! suka makan banyak! Tidak bermakni makan belebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan ke[ada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3. MEROKOK
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak. so, guys out there, please stop smoking! :)

4. MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR
otak merupakan penggu oksigen terbesar dalam badan manusia. menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6. TIDUR YANG BERLEBIHAN
kalau hujung minggu, inilah kerja aku.. Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku dan lengan boleh menyebabkan banyak gas kardon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8. KURANG BERIMGINASI
Berfikir merupakan satu cara ynag baik untuk mengasah otak kita. kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9. JARANG BERFIKIR
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.


10. TIDAK MEMBACA AL-QURAN
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. membaca akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

Sumber : Klik Sini!

Sharing is caring!

with love
HHM

20 Oktober 2011

Deepavali 2011

Iklan terbaru dari Petronas untuk sambutan Hari Deepavali.
Klik  (sini)

Selamat Hari Deepavali
(Ucap awal pun tak apa kan? :) )
hope you enjoy watching the video.

xoxo

19 Oktober 2011

Resepi Terbaru Dari Pizza Hut!

The 7 wonders in 1 pizza.
Can you handle 7 cheeses in 1 pizza melting in your mouth? Try Pizza Hut’s new Ultimate Cheesy 7 Pizza. 
I can’t wait to share this with my family and fellow cheese lovers!
There’s beauty in getting together. Eat, Laugh, Share at Pizza Hut!

Klik pada gambar dan link di atas untuk maklumat lanjut! :)

16 Oktober 2011

Hari Makanan Sedunia 2011

Assalamualaikum..

16 Oktober setiap tahun merupakan Hari Makanan Sedunia oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Di bawah adalah sedikit info berkenaan pengambilan makanan iaitu Piramid Makanan dan menu-menu popular beberapa negara: 

(Sumber : Google)
Indonesia : Mee Bakso

Greece : Lamb and Eggplant Moussaka

India: Masala Dosas

Poland: Pierogies

Malaysia


Selamat Menyambut Hari Makanan Sedunia Teman2..
Makanlah makanan yang berkhasiat untuk kesihatan kita. :)

xoxo
hazirahanum

11 Oktober 2011

Warnai Dirimu Setiap Hari

Assalamualaikum..

hari ni nak baju apa ye? color apa? ish!!!! dah tak ada baju la.. ngomelan setiap hari (padahal almari tu dah penuh dengan baju.. tapi masih bersungut tak ada baju.. nilah yang kaum lelaki pening dengan wanita..) biasalah, kalau tak bergaya, bukan wanitalah tu. :P

Sebelum ni saya pun macam ni jugak, selalu mengomel kalau nak bersiap untuk keluar. alih-alih pakai baju sama minggu lepas. kalau ada yang tegur, malu pula. hehe.. then, suatu hari tengah godek-godek internet jumpalah artikel hari mengikut warna. sila tengok warna dan maksudnya sekali mengikut hari ye :

Ahad : Hitam -gabungan dan istirehat
Isnin : Putih - Kesucian Rohani
Selasa : Merah Jambu @ Ungu - Kasih Sayang dan Tumpuan
Rabu : Biru - Hubungan dan Kominukasi
Khamis : Kuning @ Oren - Hubungan dan Tenaga
Jumaat : Hijau - Keseimbangan
Sabtu : Merah - Keberanian, Kemewahan dan Tuah


ianya bukan sekadar warna mengikut hari semata-mata tapi mempunyai maksud disebaliknya. dengan cara ini saya dapat selesaikan masalah pemakaian warna mengikut hari. dan.. dapat mengelakkan pakai color sama je dalam satu minggu, :)

( Sumber : Colorful)

Tips : Sweet in Pink! :)

 Assalamualaikum..

hari selasa ialah hari merah jambu! jadi, bergayalah dengan style pilihan kamu:

JOSS STONE CORALLO

Sooo Cute!

(Source : Room)

Tips : Maintain Kurus tapi SIHAT!!

Assalamualaikum..

AMARAN! ini bukan tips untuk kurus tapi tips untuk maintain kurus. yep.. yep.. yep.. yang dah kurus tu mesti nak terus maintain kurus kan? bagi yang terus berusaha nak kurus, teruskan usaha anda, jangan putus asa ye. jangan tanya saya macam mana nak kurus sebab, seumur hidup saya tak pernah cecah 43kg!!!(sehingga entry ini di-post) dengan tinggi 160cm. huh! langsung tak seimbang. opss! saya dah usaha macam2 untuk naikkan berat badan tapi still macam ni. degil kan.. sekarang macam dah malas nak fikir macam mana nak naikkan berat badan ni (bukan fed-up) cuma sekarang macam mana nak maintain sihat dalam keadaan kurus mcam ni.

ni tips bagi yang kurus dan nak maintain kurus (macam saya.. ceh! perasan!). 
ini cara saya :

1. saya suka makan. saya suka cuba makan makanan baru. tapi tapi tapi.. nak maintain kurus, makan sedikit tapi kerap. makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. :) satu lagi kelebihan saya, mempunyai metabolisma tinggi! :) opsss! jangan lupa, makan makanan berkhasiat ye.

2. kerap minum air putih! ini baik untuk 'mencuci perut' anda. jangan malas minum sebab malas nak ke tandas untuk buang air. biasa kita baca dalam majalah ke, sembang-sembang dengan kawan ke, 'minumlah 8 gelas sehari'... sebenarnya, minumlah setakat kemampuan kita. janganlah dipaksa-paksa sampai kembung perut dengan air je. tu dah melampau. cara saya, saya suka perah limau nipis & lemon dalam air putih. masam-masam, lagi best. :)

3. bersenam! jangan ingat bila kurus tak perlu bersenam ye. bersenam ikut kemanpuan, paling kurang, joginglah tiga kali seminggu. saya pula suka berjalan. berjalan laju/pantas bukan jalan lenggang lenggok macam itik pulang petang. :) teringat masa saya study di uitm dulu, saya dan teman2 akan berjalan selama 15-20 minit dari hostel ke dewan kuliah setiap hari, 2-3 kali berulang alik, bayangkan! :)

4. berfikiran positif. ini penting! kalau dapat kritikan ke kutukan ke, fikir positif. anggaplah yang memberi kritikan dan kutukan tu sebenarnya cemburu dengan kita. hehe.. 

5. bersyukur! bukan semua dapat apa yang kita impikan. 

pesanan ikhlas ini dari hazirahanum. :)

(Sumber : Macaroon)

xoxo

01 Oktober 2011

Tips Nak Elak Gigi Berlubang

Assalamualaikum..

Aduhs.. sakit gigi.. + sakit kepala, semua kerja tak jadi. rasa nak marah tapi tak tahu kat siapa.. pernah alami situasi macam ni? itulah penangan sakit gigi, semua kerja tak jadi. banyak punca gigi sakit dan salah satunya ialah gigi berlubang. so, kalu ini saya nak kongsi tips macam mana nak hindari gigi berlubang dan boleh dapatkan gigi secantik Maya Karin. :)


  1. Periksa gigi secara rutin enam bulan sekali. kalau sibuk sangat pun, setahun sekali.
  2. Berus gigi tiga kali sehari, kalau rajin beruslah setiap kali sebelum solat. :)
  3. Berus gigi dengan betul dengan menggunakan berus gigi yang sesuai.
  4. Berkumur selepas makan.
  5. Guna Floss untuk bersihkan sisa makanan di celah gigi.
  6. Makan makanan berserat (sayuran dan buahan) untuk gigi lebih kuat dan sihat.
  7. Gunakan ubat gigi berflorida untuk elakkan gigi rapuh dan busuk..
  8. Kurangkan makanan yang bergula dan tepung yang bileh pmenyebabkan bakteria yang mengeluarkan asid.
SILA AMALKAN TIPS INI untuk mendapatkan gigi yang cantik, kuat dan sihat. :) jangan nanti orang cakap 'muka je cantik tapi mulut busuk' huhu..

jumpa lagi!

sumber : Mingguan Wanita 19-25 March 2010

11 Mei 2011

Lelaki Tak suka! Jadi, Berpada-padalah!

Assalamualaikum..

Lelaki tak suka perempuan bermekap tebal? betulkah? erm.. Kebanyakkan perempuan suka bermekap, samada nipis mahupun tebal. Sesetengahnya, itulah salah satu cara yang begi kenyakinan pada perempuan. Saya tak kata semua tapi kebanyakkan. Saya sendiri pun paling tidak akan mencalik sedikit lipstick andai ingin keluar rumah. Tapi majoriti lelaki memang mengakui tak suka perempuan bermekap tebal. Jadi, perempuan-perempuan semua, andai ingin keluar 'berdating' bersama sang kekasih, mahupun suami - tanyalah pendapat mereka adalah mereka selesai andai anda bermekap tebal. Jangan sampai pasangan anda jelak dengan anda sendiri. :) 

Artikel di bawah ini saya petik dari Shine from Yahoo yang saya translate ke bahasa melayu. hanya untuk berkongsi :  

  1. Mekap tebal - padat dengan foundation.  "No guy wants to kiss a girl on the cheek and then find he¹s wearing foundation himself." kata Senior Editor Maxim, Nick Leffley.
  2.  Dada yang besar. Telampau besar boleh mengundang masalah juga. Ini bagi yang melakukan pembedahan la, kalau yang semula jadi sebar, bersyukur dan terima seadanya.
  3. Neon Lipstick - macam pelik je kan color macam tu. "Orange lips are definitely a departure from what we're used to and not necessarily something a lot of guys I know really respond to just quite yet,” ujar fashion blogger John Januzzi dari Lucky.
  4. Kening terlalu nipis. erm.. memang sangat pelik kelihatan kening yang terlalu nipis.
  5. Eyeshadow yang terang. macam biru terang or merah terang, sangat tidak sesuai. paling selamat, gunakan pastel color - brown or light brown.
  6. Pemerah pipi yang terang.
  7. Garisan bibir yang terang. macam mekap tak suap je. ish! jelik.
  8. Glitter. tak perlulah tabur-tabur glitter ni. menyemak je.
(Source : Shine from Yahoo)
xoxo

HHM

11 April 2011

Jerawat! :(

Assalamualaikum...

Oh!! kenapalah kamu menempel di pipi ku saat ini. boleh tambah lagi meter stress yang sedia ada. huhu.. bukan satu tapi tiga pula tu. sedih betul! :( ish!!! jatuh saham minggu ni. masa ni  lah sibuk nak cari ubat hilangkan jerawat. sebelum ini bukan tak pernah berjerawat tapi tak lah lama macam kali ini. risau juga ni, takut sejarah lama berulang. ingat-ingat zaman sekolah dulu sampai malu nak keluar rumah sebab jerawat ni lah. sampaikan terpaksa jumpa pakar kulit, Alhamdulillah lepas tu tak ada dah. licin semulus kulit telur, tapi bukan telur palsu yang orang kecoh sekarang ni. ish! ish! ish! telur pun dah ada yang palsu sekarang. dunia dunia..

sebelum nak beli ubat hilang jerawat ni, saya google-lah sebab musabab jerawat ni menempel kat pipi saya ni. why hah?!
  1. hormon - tapi hormon saya rasanya dah stabil sekarang
  2. keturunan - ini ada sebab mummy dan abang saya zaman dorang muda-muda jelita tu memang berjerawat.
  3. ubat-ubatan - setakat ni biasa ambil ubat demam, batuk dan selsema je. erm...?
  4. Kosmetik - dah pakai bedak free-oil.
  5. persekitaran - office saya ada air-cond, itu antara punca juga ke?
  6. stress - ini sah! memang ya sebab minggu ni memang banyak sangat yang mengganggu fikiran.


(sumber : klik sini)

Orang dulu-dulu kulit mulus. kenapa? sebab mereka rajin menjaga kulit. ah! tak juga, sebab dulu mana ada pencemaran - tak ada jerebu, tak ada hujan asid. tapi antara petua orang lama yang masih kita boleh praktikkan adalah.. sila tengok bawah ye :P 
  1. Kulit kayu manis + madu lebah - asah kulit kayu manis campur dengan madu lebah, then tempel kat tempat jerawat sebelum tidur. ~ pernah cuba tapi tak tahan pedih. huhu..
  2. Timun - Kisar timun dan tapis airnya. tempelkan hampas timun pada parut jerawat, tunggu selama setengah jam then bilas dengan air suam. ~erm.. macam senang, nak try la.
  3. Daun sireh muda - tumbuk daun sireh then tempelkan pada muka dan tunggu hingga kering. bilas dengan air suam. ~ mana nak cari daun sireh muda kat bandar ni? huhu..


okey! petua kat atas tu kalau rajin boleh la amalkan tapi kalau tak, baik jangan sebab petua tu perlu di amal selalu, kalau setakat buat sekali dua, memang tak jadi. so, terpulanglah pada masing-masing. saya? esok habis kerja terus ke farmasi then beli ubat c-mycin. sebelum tidur, tempelkan saja ubat tu, senang cerita.

tamat sudah cerita sengsara jerawatku

:P

xoxo 

HHM

01 April 2011

i LOVE colorful! :P

balloon : kecil2 dulu saya takut main belon.. tak tahu kenapa.
mungkin takut bunyi pecah kot. :P


( Sumber : klik sini! )

Eye Shadow : antara make-up wajib saya pakai bila ke office sekarang. huhu..


( Sumber : klik sini! )


Transportation : boleh tak kalau saya nak color kereta TAC saya macam ni?
fun kan? gagaga...


( Sumber : klik sini! )

Bag : simple but cute! terpikat sungguh!


( Sunber : klik sini! )

Shoes : nak yang macam ni., boleh? :D


( Sumber : klik sini! )

Roses : teingin nak roses macam ni during my wedding! :)


( Sumber : klik sini! )

Dress : cantik!


( Sumber : klik sini! )

Cake : teringin nak buat tapi kesuntukan masa. huhu..


( Sumber : klik sini! )

Ice Cream : yummy!best!!!!!!


( Sumber : klik sini! )


xoxo
HHM

20 Februari 2011

bila 'SERABUT' belenggu diri

Assalamualaikum..

Dua tiga hari lalu, saya berasa tak tenang. cukup 'SERABUT' dengan masalah sekeliling. macam-macam perasaan terasa. keliru, takut, marah, sedih.. sungguh! kadang-kadang saya seperti persoal kenapa saya harus hadapi masalah sebegini. tak tertanggung rasanya. namun saya cepat-cepat berisghtifar.


'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya' - Al-Baqarah : 286.

'Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya' - At-Talak : 7.


Ya, saya percaya andai saya ini tidak 'layak', ujian sebegini tidak akan singgah dalam hidup saya. jika sebelum ini saya selalu menyalahkan sekeliling andai dihimpit masalah, namun kini saya lebih 'sedar diri'. dan kini andai dilanda masalah yang 'menyerabutkan', saya lebih suka mendengar bacaan al-quran baik di dalam kereta, rumah mahupun di pejabat. mendengar saja buat saya tenang, lalu kadang-kadang terasa rindu untuk mengaji. :)

so, inilah salah satu saya lakukan bila 'SERABUT' belenggu diri.

xoxo
Hazira Hanum

23 Oktober 2010

lime juice addict!!

(Picture : source from Google image)
.: I'm lime juice addict!! :.

reasons!
1. masam2 yang best. lagi masam lagi best!
2. boleh hilangkan dahaga ~ bagi i la kan, korang i tak tahu la.
3. air yang simple lagi best! *best lagi..
4. inilah rahsia kenapa i tak gemuk2!!!
so, korang dah tahukan sekarang kenapa i slim je. *ceh! perasan.
5. i suka semua jenis limau yang masam tapi i tak suka mempelam yang masam.
~ so i bukan geng makan mempelam cicah kicap tu *buah pauh orang Terengganu panggil.

tempat paling best i minum lime juice @ air singa beng ~orang Kelantan panggil adalah di Killiney Kopitiam depan Astaka Supermarket Taman ShahBandar, KT.

erm.. petang ni nak pergi lepak2 sambil minum air tok bomoh ni! *kawan i yang bagi gelaran pada air tu.

xoxo

Hazira

28 Februari 2010

Ladies : you are wonderful &beautiful!

I just get this interesting info from email and i would like to share with all my lovely friends. Read and thinks about it. :)

Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
Perkara yang anda tak perasan atau saja tak berperasaan.
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

xoxo
Love,
Zira

15 Januari 2010

bila pernah jadi 'BUDAK HOSTEL', aktivitinya..

TIDUR !!!
BILA ADA PELUANG :p

siapa yang tak setuju sila ANGKAT KAKI. haha..ntah kenapa, i suka tidur kalau tak ada aktiviti di hostel. orang lain i tak tahu tapi i pasti majoriti sesiapa saja yang pernah jadi budak hostel musti suka tidur. kan. kan. kan... okey! cerita hari ini adalah kisah hostel2 di UiTM Dungun yang pernah i tinggal. i pernah tinggal di 3 hostel berbeza di UiTM dulu okey.


i akan cerita berdasarkan pencapaian fasiliti di setiap hostel. :P let's start!

Bilik Terbaik : Kolej Redang


Sebabnya i dapat bilik untuk 2 orang 1 bilik. so, lebih privasi dari bilik lain. bilik i paling bawah, tak la i penat panjat tangga setiap hari. bilik air pun dekat je. :) cuma yang jauh bilik dobi dan bilik tv. so, selama 2 tahun i menetap di situ, i cuma pergi nonton tv bila ada juara lagu dan konsert akhir akademi fantasia saja :( I pun lebih rajin cuci baju dengan tangan, sebabnya bilik dobi di blok lain, malas nak menapak sambil bawa bakul baju yang besar tu. hehe..

Kolej Redang

i pernah tinggal di Kolej Tenggol selama 1 sem. best jugak kat situ cuma kurang privasi sebab 4 orang 1 bilik. yang best pula kat sini, bersebelahan dengan hostel lelaki (Tenggol B). so, cuci mata la i selalu. hehe.. tapi nasib baliklah bilik i mengadap padang, kalau mengadap Tenggol B, alamatnya tak buka langsirlah bilik i tu (macm bilik kawan i).

masa degree pula i tinggal di Kolej Perhentian selama 1 sem. pun dapat bilik paling bawah dan dekat dengan bilik air. kat sini 3 orang 1 bilik. roomate paling best, faezah (HiBARI 4) dan kak fara. kat sini i paling suka suasana kat kerusi lepak belakang bilik i, nyaman je. best lepak-lepak kat situ bawah pokok best. dekat dengan pantai.

Kolej Perhentian

Kantin Terbaik : Kolej Tenggol

masakan kat situ best. macam makan kat kedai. kalau lambat sampai je, lauk mesti dah habis. paling suka lauk ikan keli goreng pedas. memang best la. selain tu, kantin ni berkongsi dengan pelajar lelaki, so memang happening la. boleh je jumpa secret admire setiap hari. haha.. kat sini, kalau tengok couple makan sekali, perkara biasalah tu. kalau kat kantin hostel lain, jangan harap la.

masa tinggal di Kolej Perhentian, jarang sangat makan di kantin, selalu tapau di cafe kapas. kalau dah tak ada lauk sangat baru tapau di kantin Perhentian. masakan kat situ oklah kalau nak dibandingkan dengan kantin Redang.

kantin Redang? eee! masakan sebijik macam kat hostel sekolah dulu. lauk ikan jaket, sotong masak merah.. (sesiapa yang pernah tinggal di hostel sekolah mesti maklum dengan masakan ini kan?) memang i telan je tanpa komen apa-apa. tahun pertama macam tu la masakannya. masuk tahun kedua, dah tukar tender, oklah sikit. masakan pun ada rasa.

Hostel paling jauh : Kolej Redang

mengambil masa 15 minit perjalanan jalan kaki dari kelas ke sana. fuh! mula-mula memang lenguhlah kaki, tapi bila dah lama, biasa je. naik kereta pun terasa jauh. inikan pula berjalan kaki. tapi itulah hakikatnya, i berjalan kaki 15minit setiap kali ke kelas @ outing. sebab itulah i tak gemuk ye kawan-kawan. :)

Kolej Tenggol pun lebih kurang jauh dengan Kolej Redang.

Kolej Perhentian adalah hostel yang paling dekat dengan kelas yang i tinggal. kalau nak yang paling dekat sekali ialah Kolej Karah. masa kat Perhentian pun i jalan kaki je ke kelas, adalah dalam 10 minit kalau jalan langgang kangkung. hotstel paling jauh adalah Kolej Gemia.

Kolej Gemia (Lelaki)

ok! itu cerita hostel di UiTM Dungun. itu masa i tinggal kat sana, sekarng tak tahu la. mungkin dah berubah. kat sana, semua nama hostel sempena nama-nama pulau di Terengganu. ada Redang, Gemia, Tenggol, Perhentian, Kapas, Karah dan Duyong. cuma sekarang i tak pasti Kolej Karah dan Duyong masih ada @ tidak. Sebab ada ura-ura nak robohkan untuk buat bangunan baru. Karah dan Duyong adalah hostel paling lama di situ, macam rumah panjang. sungguh klasik.

Tasik UiTM Dungun

Pintu Masuk Utama

erm..rindu sangat nak pergi uitm dungun. itulah, dulu masa study kat sana, sibuk nak balik kampung setiap minggu. sekarang dah habis, baru rindunak pergi sana. :)

and i miss my friends too.. :(

xoxo