Memaparkan catatan dengan label Event. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Event. Papar semua catatan

07 Ogos 2014

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya semua!! Lambat sikit ucapan tu. Almaklumlah, sibuk beraya kononnya, sampaikan tak sempat nak post entry baru. huhu.. Macam mana raya tahun ni? Best ke tak? Zira macam biasalah beraya di rumah sebab dah memang rumah di kampung plus nenek sebelah mummy memang setiap tahun beraya di rumah Zira. Hari raya pertama tahun ni catat sejarah, sebabnya Zira terlewat bangun dan mummy memang sengaja tak kejutkan. Masalah perubahan waktu tidur melandaku. huhu.. Tapi nasiblah mummy memahami. :)

Tahun ni hari pertama lagi kaum keluarga dah datang rumah, sebelum ni biasanya hari raya kedua diorang datang. Meriahlah sikit hari pertama. Hari kedua, giliran Zira jalan-jalan beraya rumah keluarga. Itupun tak semua rumah dapat pergi sebab jamm.. huhu.. Raya ketiga Zira jalan-jalan beraya rumah kawan sekolah dulu. ada yang 11 tahun tak jumpa. 5 buah rumah Zira redah dari tengahari sampai malam. Seronok jumpa kawan lama sampaikan tak puas bercerita.

Raya keempat Zira lepak kat rumah je, packing barang nak bawa balik ke Kemaman. my bestie, Cik Madie datang beraya. I'm sooo happyyyy. Terima kasih ye mung! haha.. Raya kelima Zira balik ke Kemaman. Alhamdulillah, perjalanan lancar je walaupun kereta banyak tapi tak jamm..

Dah lah! Malas dah nak menaip. Dah pukul 1 tengahari, nak rest kat surau jap sebab hari ni Zira puasa sunat. Terajin. hihi.. Jadi, korang layanlah beberapa keping gambar rayaku ni ye. 

Sempai beraya di Pantai Tok Jembal okeh! :P

Sebahagian dari kaum kerabatku.

Bersama SIL : Arora & Suzana

My bestie : Cik Madie..

Zira nak mohon maaf kepada reader kesayangan yang tak jemu singgah di blog Zira. Maaf ye andai ada bahasa & perbuatan zira menyinggung hati sanubari korang. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

xox

-hhm

07 Mei 2011

Happiness

(Source : Tumblr)

Tarikh : 7 Mei 2011
Masa : 8:00 pg - 12:00 tgh hari
Tempat : Rumah Sejahtera, Taman Bahagia, Kuala Terengganu



(Source : Ziq Bakery & Cake)

Saya dan sebahagiaan rakan sekerja telah melawat warga emas di Rumah Sejahtera, Taman Bahagia. seramai 26 ahli Team1 Permai Cycle dan sebilangan wartaran akhbar telah meyertai aktiviti ini. Terima kasih kepada Kedai Ziq Bakery & Cake yang sudi menyumbang kek semperna Hari Ibu. Terima kasih juga kepada kaki tangan Rumah Sejahtera yang menyambut kedatangan kami. Terima kasih semua.

***
Published here!

xoxo
HHM

19 Disember 2010

Retro Night!


Hi!
Hujung-hujung tahun ni, banyak syarikat persendirian mahupun sektor kerajaan mengadakan majlis makan malam tahunan. ada yang buat majlis secara sederhana, ada juga yang buat dengan meriah sekali. semua itu bergantung kepada kemampuan dan bajet. malah, tempat zira bekerja pun tak terkecuali untuk mengadakan majlis makan malam tahunan ini.

seperti tahun-tahun sebelum ini, setiap tahun majlis makan malam akan diadakan mengikut tema. Kalau tahun lepas, temanya adalah 'Rock Mania Nigth', tahun ini pula bertema 'Retro Night!'. tarikh majlis sudah hampir namun persediaan masih belum saya buat. kesuntukan masa. huhu.. hari ini baru berpeluang menjengah blog-blog fashion yang memaparkan retro fashion.

perlukah kita berbelanja sakan semata-mata untuk tampil hebat? tepuk dada, tanya selera. bagi yang berkemampuan, tak ada salahnya. tapi yang kurang berkemampuan, janganlah sampai berhutang keliling pinggang semata-mata untuk melaram 1 malam. zira pun akan menggunakan kaedah mix&match dari koleksi pakaian zira. dengan sedikit sentuhan baru, pakaian lama pun nampak baru dan stylo. yang penting kita yakin dengan diri kita. :)

tak sabar nak tunggu malam itu nanti. pasti teman-teman zira melaram dengan pakaian cantik-cantik. zira akan uplaod beberapa gambar pada malam itu nanti. :)

jumpa lagi!

xoxo
hazira hanum

02 April 2010

surprise! ~TQ guys..

terima kasih di ucapkan kepada semua yang mengingati tarikh lahir saya. yang memberi ucapan dan yang belanja makan, terima kasih tak terhingga. :) (ceh! ayat skema tuh!..) saya dah 24 tahun rupanya. aha! tapi rasa macam 18 tahun lagi la. :p .. sebabnya, saya belum kahwin dan masih enjoy hidup membujang.. gile punya statement.. tapi sampai bila yek.. huhu.. mummy, bagi saya 2tahun lagi dan lepas tu, saya akan kahwin! ahah!!! :)

dah 24 tahun tahun beb! kejap je tuh.. erm..tahun ni, saya mahu tingkatkan lagi kualiti hidup. mahu bersukan lebih sket.. sket je.. iyelah, sebelum ni, langsung tak bersukan.. ahha.. rajinkan saya. :) makan makanan berkhasiat. ye, saya memang makan banyak tapi tak naik-naik juga berat badan. huhu.. saya nak start kumpul aset-aset yang boleh dikumpul.. macam tv plasma ke. haha.. berangan tuh! tapi tak mustahil kan.. dan lastly, nak dapatkan kerja yang lebih hebat! chaiyok! chaiyok! hazira!!

rabu (31032010) bertempat di McD Hiliran, saya bersama teman sepejabat: sha, ida dan ammar telah makan-makan di sana meraikan hari jadi saya. terima kasih semua ye. dah lame tak sambut hari jadi ni.. last skali pun masa 21 tahun, di Dungun..





*lepas ni turn sape lak ye? ammar ke sha?

nanti kita makan-makan lagi ye..
saya suka makan. haha..

again, thanks guys..

***

al-fatihah buat allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a Din Beramboi
yang disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 pagi, 2 April 2010 di Hospital Selayang.

Lepas ni pasti pagi-pagi saya tak seceria sebelum ni yang selalu mendengar celoteh allahyarham di radio ERA. :(

***

love,
hazira

xoxo

07 Januari 2010

ROCK'S MANIA PARTY :p

Erm... penat! Tak hilang-hilang lagi. itulah padahnya ber'party' sakan sangat. haha.. yesterday, my employer had organized a staff party. the theme for this year is ROCK'S MANIA. fuh!! Memang hebat-hebatlah diorang melaram. i? biasa je. tak lah dress up sangat.

the party not too grand but happening la.. i give 3 and half stars. haha.. kat bawah ni i ada upload beberapa gambar yang sempatlah member i, sha and ida snap. :P

celebrating staff who are born on September to December

Happy Birthday guys!

My clicks : Ida and Sha Deydeq. haha..

Ida

Sha

Sha and Afie

*****

current mood :
tired! :(
things to do :
1. cuci my car.. dah berdaki sangat tuh!
2. keluar pergi pantai.. i miss beach!!
3. watching dvd! i like it.. :)

*****

miss my hubby rite now!

thanks guys!
singgah-singgah di sini..
keep in touch!

xoxo

13 November 2009

Last minute : meet the HUJAN!

Kerja last minute. petang tadi saya ke Giant bersama sepupu, Daya. bukan nak beli barang tapi nak bertemu Hujan. mulanya malas nak pergi, tapi sebab Daya dah tanya nak pergi ke tak, so saya pun terus bersiap dan ambil dia di rumah.

Sampai di sana dah pukul 6 petang, ingatkan dah habis tapi Hujan masih ada, dok melayan peminat. nasib baik. rupanya Hujan tak buat persembahan pun, cuma ada sesi bertemu peminat. sepatutnya diorang datang minggu lepas buat persembahan tapi cancel last minute.

Ni pics yang sempat saya snap guna handphone Daya. :)

Daya & Saya

Noh

Hang Dimas & Acer

Hang Dimas

Ag Coco & Noh

Ag Coco

sekian,
terima kasih!

xoxo
:)

27 Oktober 2009

CONGRATS to all and myself!

26 October 2009 : convocation's day!

UiTM dihatiku! :)

Yesterday, 26th October 2009 is my convocation's day. finally, i got my degree! wee~ :) walaupun dah ada pengalaman konvo diploma 2 tahun lepas, tapi tetap berdebar-debar bila naik stage! fuh~ but, i'm very happy! hampir 5 jam dalam dewan, dengan tak sempat breakfast, tapi amat berbaloi bila dalam genggam skrol di tangan. thanks to my mum and dad yang sudi datang. and also to my bf. thanks for white roses!

my HiBARI : lynda, eija dan raudhah

Congrats to all my friends especially my classmates, ex-classmates (diploma in dungun). thanks to kak zura and her housemates yang sudi tumpangkan zira. rendang ayam akak memang best! yummy! haha..

berfore the day..
23 october 2009: rehearsal and outing day!
go rehearsal with kak zura and wanie. tak pergi rehearsal pun sebenarnya tapi pergi ambil jubah. bukan tak nak pergi tapi tak sempat. beratur dari pukul 3:00 p.m, pukul 5:00 p.m baru dapat jubah. size L pula tu. huhu.. erm.. kali ni keadaan agak kelam-kabut dari diploma dulu. tak tahulah kenapa but looks like they didn't prepare.

after that, rush in to kak zura's office to sent her rendang ayam. dari naik bus rapicKL, tukar ambil LRT. turun di masjid jamek. on the way go to her office, terjumpa one hot guy. mat saleh sesat. bila tanya, rupanya nak ke restoran mamak. kami pun tunjukkan arah, dah memang kebetulan arah yang sama. oh! french rupanya. 2 kali pula bertembung. balik dari office kak zura, jumpa lagi. kali ni terus minta email dia. :)

24 october 2009: interview and dating day! :)
wanj pick up me at 9:30 a.m and go to puchong for interview. after that, we go to the mines mall. he buy me a superwoman t-shirt. thanks, b!



~xoxo~

26 Mac 2009

SO, ITS CALLED A DINNER!

DATE : 21 MARCH 2009
TIME : 8:30 p.m VENUE : GEMIA HALL, HOTEL UiTM DUNGUN THEME : COLOURS OF HEART

BIOSM dinner yang ku kira boleh la.. Mulanya aku dan rakan sekelas sepakat tak nak pergi atas alasan2 tertentu tapi bila difikirkan balik, ini dinner terakhir kami, sebelum meninggalkan uitm tercinta ni so kami pergi la dengan bayaran RM20 (cukup untuk makan aku 1minggu. huhu..). Di bawah ni aku sertakan gambar2 yang iambil semasa dinner tersebut. :)
OMB6OB.
you all colors of my heart!

Rosalinda.
Melaram baju glaomur. ;)


Suzailah.
memang lain dia malam tu. glamour!

Zetty.
the vouge girl in my class. cayalah!


HiBARI 4.
my friends forever..

xoxo