25 Jun 2010

Penang + Melaka + Putrajaya

Assalamualaikum..

Hari yang rajin untuk update entry baru. ("_") Untuk kali ini nak story sikit tentang percutian keluarga baru-baru nih! penat tapi seronok! :P

Bertolak dari Kuala Terengganu pada 13 jun 2010 meninggalkan daddy keseorangan di rumah. huhu.. Dia tak dapat ikut kali ini. Destinasi pertama Putrajaya, ke rumah angah. Malam tu sempat keluar makan-makan bersama Mazni, Beah dan anak-anak saudara Mazni yang chomel-chomel! Memang seronok la keluar dengan korang! :) Beah ibarat pemandu pelancong dan saya ibarat pelancong, habis satu putrajaya dia cerita.

14 jun 2010 bertolak ke Pulau Pinang! haha.. Ini kali pertama saya jejakkan kaki ke pulau mutiara itu! Akhirnya!!!! :) Menginap di Sri Sayang Apartment yang tingginya mak aii.. Tak sanggup cheq. Nasib baik la dapat tingkat 14 dari 33 tingkat!!! Fuh! Dah la atas bukit, tapi best depan pantai.

15 jun 2010 Destinasi pertama perkena nasi kandar! erm.. Orang lain makan nasi separuh je tapi saya... Nasi penuh satu pinggan dan boleh habis!!! Wah! Mummy pun terkejut! haha.. Lepas tu ke taman rama-rama! selesai snap-snap di sana, kami pusing satu pulau lalu jalan bukit-bukit! macam jalan nak ke Cameron Highland tapi nasib baik kali ni saya tak pening! haha.. Singgah di komtar beli jeruk! erm.. best!

Malam itu saya keluar bertemu kawan blogger + Facebook : Adam Luba! akhirnya bertemu juga. sebab hujan jadinya pusing-pusing bandar je. terima kasih ya en. Adam!

16 Jun 2010 Selepas check-out terus ke Toys Museum. Wah! Rambang mata tengok koleksi patung-patung dari movie popular. Boleh juga bergambar dengan Jack Sparrow. :) Selepas itu bertolak balik ke Putrajaya.

17 Jun 2010 dari Putrajaya kami bertolak ke Melaka. Kali ini bertambah 1 ahli rombongan baru, my cousin : Alin! :) Sempat ambil di UKM semalam. Sampai di Melaka, check-in di Puteri Resort. yang best kat sini swimming pool dia besar dan petang tu terus turun mandi! haha.. Malam sempat lagi ber'shopping' di Mydin Mall. Lepas tu, Pusing-pusing bandar Melaka.

18 Jun 2010 Lepas check-out, terus ke bandar Melaka. Snap-snap gambar sikit je sebab tak tahan panas. Fuh! berpeluh.. Tapi sempat masuk Muzium Kecantikan. Kat dalam tu ceritakan tentang kecantikan orang dulu dari seluruh dunia. Diorang sanggup terseksa untuk cantik pada pandangan masyarakat diorang. Saya tak sanggup la. huhu.. Petang bertolak balik ke Putrajaya.

19 Jun 2010 Rehat-rehat saja di rumah dan malam tu keluar lagi bersama Mazni dan Beah! pusing-pusing KL waktu malam. best! :)

20 Jun 2010 Bertolak balik ke Kuala Terengganu.. :) Percutian kali ni best sebab pergi banyak tempat. :) Tak sabar nak tunggu next year punya holiday pula, ke Pulau Redang!! :) siapa nak ikut?!

Berikut adalah gambar yang saya sempat snap sepanjang percutian!


'Ahli rombongan' Kami. :)


Dania excited tengok patung Barbie.


Di Bandar Melaka


+++++

TQ!
visit my blog!

love you all!

muahsss!

xoxo

love,
Hanum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan